Thursday 6 August 2015

Sudah Ogos 2015

IPejam celik, nafas hembus sudah hampir penghujung 2015. Tahun 2013 yg lepas sewaktu mula2 sampai di sini sampai mencongak2 bulan sekarang seharusnya sudah lega dari kelas dan mula bergelumang dgn penulisan thesis. Alhamdulillah Allah makbulkan di sebalik suka dan duka yg telah dihadapi pada hari2 yg lepas. Rasa hebat sekejap. Kihkoh.

(Lagi 2 jam masa pertemuan dgn musyrif utk kali ketiga. Tulis blog dulu.)

Malam tadi jiran belakang umah basma call. Katanya nak bagitau satu berita. Berdebar. Tanya padanya berita gembira atau sedih. Kata basma berita gembira sudah pastinya. Lega. Abu Umar berjaya mendapat tawaran belajar dgn tentera malaysia di malaysia! Oh gembira sungguh mendengar perkataan Malaysia tu. Selang beberapa saat baru sampai mesejnya yg sebenar. Mabruk2 ucap sy. Rasa gembira dan sedikit sedih. Gembira sebab sy tahu basma dan keluarganya sangat mahu menjejakkan kaki ke Malaysia. Rasa berbesar hati menerima kedatangan mereka walau pun sy mungkin xde di msia menyambut mereka. Sedih sebab tahun depan kami akan ketiadaan jiran yg paling rapat walaupun sejak akhir ini kami jarang berhubung kerana kesibukan masing2. Rasa gembira. Rezeki yg Allah aturkan utk mereka. Lihatlah rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Siapa pernah tahu rezeki masing2. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Kadang2 kita xrasa pun ia satu rezeki pada awalnya. Tapi pertengahan dan akhirnya baru kita sedar ia adalah rezeki yg sgt bernilai dari Allah lebih hebat dari rezeki yg pernah kita minta2 dahulu. Rezeki yg akan bertukar menjadi sebuah NI'MAH (نعمة) apabila disyukuri.

Rezeki makanan, pasangan, harta, kesihatan, masa yg lapang utk beribadah dan bekerja semuanya akan mejadi ni'mah bila kita sedar adanya ia untuk disyukuri. Alhamdulillah atas semua ni'mah Allah. Mohon agar Allah tidak tarik segala ni'mah yg ada.

Sambung lagi.

--------

Selesai jumpa dgn dr.kilani tadi. Ada sedikit pembetulan khofif. Isnin ni berhajat nk hantar semula selepas pembaikan inshaAllah. Harap sempat masuk ijtimak sebelum bulan 9 ini ameen ya Allah. Siap di jamiah kami ke syari' garden utk menghantar laptop student sini yg ingin dibaiki. Kemudian kami ke abdali pula utk mencari buku. Rambang mata...



Ok, mau berehat. Esok akan berjaulah raya ke abdali dgn geng2 SELAMA. Malam ni nak bt karipap dan baiki khuttoh inshaAllah.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah