Friday 18 April 2014

Lelah mengemas barang2 yg dipunggah Lubna...

Lubna dah hampir 1 tahun 5 bulan umurnya. Skrg sy mula terasa lelah dgn kelincahan lubna, sume benda dlm umah ni jd mainan dia. Periuk dlm almari, buku ummi, beg, kain2 bersih & kotor habis dipunggah jd mainan. Kerusi2 abis ditolaknya. Anset, remote berpuluh kali kn lempar. Biskut merata2 mkn, isk3. Baru sorang anak. Bilik dh mcm tongkang kn tiup puting beliung.

Makin nakal & licik lubna. Naik atas meja sambil nyanyi2 dlm bahasa dia. Panggil ummi ng walid dgn nama je. "Awa...wa.." Kdg2 keluar " aba..aba..(abang)". Dgn muka nakal tu, geram ummi.

Oklah, hari ni malas betul nk masak. Tapi sbb suami membutuhkan masakan saya, jd sy tabahkan hati utk masak. Kih3.




Ini masak cara org malas tp nak makan sedap. Idea nk masak xde. Mn yg tlintas dpn mata, sy bubuh dlm periuk.

Baca buku skjp tuk exam usbu' jai...


Tunggu suami balik dr solat jumaat, mandikan lubna. Kemas rumah utk dptkan mood baik yg baru...


Tu tabung air biru utk minuman kami setiap hari...


Ni penyidai kain yg sgt popular kt sini. Sy beli dua, satu tuk baju lembab lps basuh, satu lg utk baju2 yg dh pakai & nk pakai lg mcm tudung...pecah rahsia..sudai dlm rumah sj, kt luar habuk & debu berterbangan. Angin kuat...


Bilik tidur kami yg humble & tilam yg dhaif..


Mcm nilah kehidupan biasa kami anak-beranak di Jordan. Alah bisa tegal biasa. Ntah apa maksud tegal tu pun sy xtahu. Sedap nak guna je peribahasa mcm ni.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.