Sunday 13 April 2014

Suka buat sikit-sikit & berterusan...

Saya dah perasan sejak dari ijazah lagi sy xsuka belajar scara 'study hard'. Saya lebih suka baca setiap hari 1 perenggan bermula pd awal semester. Saya lebih suka cara ini daripada belajar utk 3-4 hari 24 jam straight sampai xtidur malam @ bljr setiap hari sampai 4-5 jam tanpa henti. Duduk tercongok depan meja mengadap  buku berjam2. Memang bukan saya.

Saya xsuka stress wkt belajar. Sy sukakan suasana yg santai. Bila sampai hari revision day sblm exam tu, baru sy gabung & baca scara keseluruhan. Setakat ni teknik ni bnyk membantu saya mendapatkan CGPA kelas pertama setiap sem ketika ijazah dan master. Tulis sikit pointer tu klu x org xpercaya keberkesanan teknik sy ni. keh3. Tapi utk orang lain sy xpasti. Lain org lain cara belajar. 

BACA & FAHAM DLM BAHASA DIPELAJARI
Untuk pelajar yg belajar ssuatu subjek dalam bahasa asing, seeloknya buat revision dalam bahasa asing tu juga. Jangan terjemah semuanya. Cuba fahamkan dlm bahasa asing itu kcuali mmg xfaham langsung kn terjemah jg. Memang lebih mudah untuk faham sekiranya diterjemah kpd bahasa ibunda tapi kita akan alami kesukaran teramat waktu menjawab exam bertulis @ lisan. Kita ada idea tp xtahu bgaimana nk sampaikan dgn mgunakan bahasa asing! Masalah tu. Sy dh prnh cuba utk beberapa subjek & sy mnyesal krn tidak cuba utk memahami maklumat2 dlm bahasa yg sy pelajari. Kesannya sy mngambil masa yg lama utk mbina ayat ketika exam & jawapan2 sy berterabur serta tidak berhubungkait. Melompat sana sini.

Ada bnyk kelebihan bila kita memahami subjek dgn bahasa asing yg yg kita plajari spt b.inggeris @ arab. Antaranya, kita belajar uslub ayat yg betul, kosa kata bertambah, mudah mjawab ketika exam.

STUDY X HARD
Ok, berbalik pada study x hard sy tu, bila sy peruntukkan cthnya utk mbaca dalam masa 10 minit je, maka jangka masa 10 minit tu sy akn betul2 fokus. Atau kdg2 sy peruntukkan utk mbaca 1 muka surat shj. Apa pun tjadi mesti habis jgk 1 muka surat time tu jugak.

Maka, sy jd xsuka kalau ada gangguan ketika timing 'jadual' x hard sy tu sdg sy laksanakan. Klu boleh jgn cakap @ suh sy buat ape2 time tu. Klu tidak mmg sy akan marah terang2 @ marah dlm hati.

Mcm mn nk tau timing xhard saya tu? Bila nmpk sy senyap & fokus pd keja @ buku maknanya sy tgh fokus pd 'timing' yg sy dh tentukan. Sbbnya bila sy bcakap dgn org sy akn bg spenuh perhatian. Sy akn lihat wajah org yg bcakap. Jadi klu wkt bckp dgn sy & sy xpandang muka rakan bcakap maknanya sy tgh bg hint yg sy tgh berada dlm zon 'jadual kerja' xhard sy. Minta tunggu skjp & senyap smpi sy tgk wajah anda smula. Hik3.  Lagipun, sy xkan duduk bjam2 ngadap buku @ kerja jadi klu boleh mahu fokus tanpa gangguan.

PENGALAMAN TERAKHIR STUDY HARD
Ketika di semester 3 @ 4 ijazah saya terikut2 dgn rentak rakan sebilik utk study spnjg malam shingga subuh dgn lansung xtidur mlm utk jgka masa 2-3 hari! Sedangkan esoknya jam 9 pagi kami akn mnduduki final exam utk subjek aqidah.

Dan apa yg blaku pada sy ketika exam? Demi Allah, kepala sy kosong ketika mlihat kertas soalan dlm dewan exam. Kepala sy berdenyut2 sakit akibat tidak cukup rehat & tidak tidur malam. Dalam dewan sy bermujahadah seorang diri melawan sakit kepala krn mengantuk yg sangat2, mata yg kabur akibat keletihan & bhumpas pulas cuba mengingati kembali apa yg tlh sy baca. Allah Maha Besar, sy langsung xingat apa y sy dh bc spnjg 3 hari xtidur malam.

Sy ambil keputusan utk tulis apa shj yg terlintas dlm kepala ketika itu. Semua bahan2 yg sy prnh baca dr subjek2 lain sy tulis. Yg penting sy xboleh biarkn kosong. Dalam hati sy menangis & memarahi diri sendiri krn terpengaruh dgn cara belajar yg langsung tidak efisen, bjaga spnjg malam wlupun utk membaca adalah satu perbuatan yg menyalahi tabiat fitrah manusia. Bukankah Allah menjadikan malam sbgi hamparan utk manusia berehat. 

Dalam dewan itulah sy berazam utk study subjek sterusnya mengikut cara asal sy. Sy berazam xmau peduli apa kawan saya sudah baca, sy xmahu ambil tahu berapa banyak yg mereka dh baca @ sehingga jam berapa mereka tidur krn study. Sy menyesal. Hanya berdoa biarlah lulus subjek ini, sy xmahu gagal. Result exam kertas aqidah islamiyyah ini (dlm b.arab) tlh mjatuhkan sdikit pointer sy ttp masih di atas 3.60. C+ utk subjek ini. Triple DDD utk motivasi sy ketika itu.

Lepas dr peristiwa ni, sy study ikut suka saya smula. Kawan2 study, sy tgk citer korea. Sy study, kawan2 masih study, sy tidur kawan2 masih study. Kwn2 bangun awal pagi sambung study, sy bangun kul 8 pagi utk bsiap masuk dewan exam saje, sy xmau tengok buku. Kwn2 baca spnjg jln kaki ke dewan exam, sy dgr saje kdg2 bt xtahu. Pening sy nk mbaca sambil bjalan. Lgpun bukan masuk pun dlm kpala baca stress mcm tu. Dlm hati saya, sy dh baca & bertawakkal sj pada Allah.

Kawan2 sy prnh tanya, mcm mn sy boleh dpt pointer yg baik, bila masa sy membaca? Sy jawab saya bacalah, tapi baca tiap hari 1 muka surat utk sume subjek. Tp xde orang pun nk pcaya, keh3. 

STUDY PHD
Itu sume kisah study xhard sy ketika ijazah & master. Xtahulah apa nasib sy utk PHD ni. Memandangkan sy xbaca setiap hari hatta satu perenggan. Dan tajuk PHD yg berubah2. Sy sedikit risau, tp xpe itu normal. Sy xmau amik kisah pandangan orang ttg cara sy study di sini. Sb dh nama org, suka amik peduli psl orang. Terima kasih atas kepedulian. Kui3.

Wlupun ada yg sahabat2 di sini mengatakan uni saya bljr skrg WISE uni xsehebat uni2 lain di Jordan. Ada yg kata sy pilih universiti yg salah. Ada yg kata bidang tarbiyyah paling terbaik di uni dia. Ada yg cuba menunjukkan kepandaian masing2 dlm bidang & ilmu masing2, kepandaian dlm berbahasa Arab, sy xkisah. Ada yg suka menegur kesilapan disiplin ilmu org lain dlm keadaan dia sndiri mlakukan kesalahan yg sama tanpa sedar. Sy xmahu peduli. Saya tidak mahu ia mpengaruhi pemikiran sy. Sy prnh alami & hadapi org2 yg macam ni waktu ijazah & master dulu. Sekarang, sy mlalui fasa itu smula. Dan sy masih yakin, at the end of the day, sy masih akn mendapat yg terbaik tanpa perlu merendah2 & mburukkan org lain, dgn izin & rahmat Allah, InshaAllah.:)



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah