Tuesday 14 February 2017

Rezeki awal tahun

Bonus gaji
Kenaikan gaji tahunan
Bonus TH 
Untung jualan buku Muin & Mursyid

Dapat duit kena beringat menyimpan. Misi saya nak cukupkan simpanan cash enam angka dalam masa tiga tahun dari sekarang inshaAllah. Biar nampak miskin guna barang takde jenama tapi simpanan kita cukup untuk hari mendatang dan hati sentiasa tenang tidak gundah. Itu yang saya pegang dari mula pegang duit sendiri. Saya boleh memberi dan bersedeqah bila saja saya mahu tanpa siapa punt tahu. Boleh berbelanja untuk sesuatu yang mahal bila saja rasa tiba-tiba teringin sangat.

Bila gaji sikit simpan cara sikit, bila gaji banyak simpan cara banyak. Jangan cari alasan untuk tidak menyimpan. Ada orang dapat duit seciput beli itu ini tak sempat menyimpan. Orang yang gaji 7-8 ribu pun takut nak boros belanja macam-macam. Ukur baju pada badan sendiri. Jangan ukur pada nafsu yang besar tak pernah surut. Biarlah orang tengok macam miskin tak setaraf dengan pekerjaan gaji beribu, rumah biasa, kereta biasa, baju biasa ulang pakai yang sama saban minggu. Ingat tu salwa.

Cerita minggu lepas. Progam dinner AGM PPMA di Sweileh minggu lepas makan nasi minyak yang sedappp...


K.yah, maisraha dan tihah yang turut hadir...


Kebetulan nak sangat makan nasi minyak ya Allah jannah betul rasa. Hihi.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...