Saturday 16 April 2016

Sayur lemak putih

Hari ni masak sayur lemak putih. Bakar ikan sikit dan masuk sekali dalam kuah style terengganu...


Roti nan semalam suami buat. Sedap betul makan dengan sambal bilis atau kuah dal...


Baru ni ke jumruk Amman untuk tajdid rukhsoh sayyaroh. Dalam JD 32.50 kos renew kali ini. Valid tuk dua bulan sampai jun sahaja memandangkan insurans saya habis pada jun juga. Kena siap siaga duit lagi sebab kos insuran sini agak mahal. 

Dalam perjalanan bertolak jam 8.05 pagi jalan agak lengganh arab dah masuk ofis...


Cuaca nampak panas tapi masih sejuk sesekali angin tiup meremang bulu roma kesejukan...


Suka dengan cuaca rabi'. Rasa sejuk yang sedap. Pasti rindukan suasana ini tatkala di Malaysia nanti.

Selsema sejak semalam. Sakit kepala juga sebab selsema. Cuaca sejuk dalam rumah sebab cahaya mentari tak berapa masuk. Minggu ni banyak hal kena buat. Hantar lubna ke raudhoh, jumpa musyrif, beli barang dapur, ajar adik-adik markaz lughah nasi mansaf, usrah di sweileh, kelas b.arab sabtu nanti. Padat pulak akitivit. Semuanya berebut sebelum pulang ke Malaysia untuk kutip data nanti.

Risau kalau elaun sara hidup masuk lambat. Sewa rumah perlu dibayar sebelum pulang bebepapa bulan. Kalau boleh tak mahu kacau duit gaji. Harap dapatlah lebih awal inshaAllah. Julai ini ada kenaikan gaji lagi berdasarkan janji kerajaan pada bajet lepas kenaikan gaji dua kali tahun ini. Dalam hati rasa manis. Cuma gusar dengan elaun di sini dan beberapa perkara. Istighfar.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.