Friday 7 September 2018

Kenapa ummi mudah penat?

Bermula dari bangun tidur, semuanya tentang anak2.  Dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.

Dari lap hingus anak, angkat baju kotor atas lantai, basuh baju, lap makanan tumpah berkali2, lap air tumpah secawan kadang2 sejag, kemas tong sampah yang dilembangkan, kutip kertas conteng bersepah2, pensil warna merata2, suap makan, basuh mulut yang comot sampai ie telinga, tukar pulak baju, minum air  tumpah pulak air, lap lagi lantai, kemas mainan berkali2, layan anak bercakap..ulang lagi semua sampai semua masuk tidur semula. Nampak kecil tapi cuba kalau tak buat memang anak2 serupa gelandangan.

Nak tulis blog ni pun bergaduh2. Anak duk main cak cak depan dan belakang ummi.

Memang hilang sabar. Nyaring je suara bak halilintar. Dengan walidnya sekali dimarahin. Tinggal dah gelaran ustazah, mahupun doktor. Tu sume hanya kegunaan di tempat kerja.  Bermula dari saat jejak kaki ke dalam kereta pulang ke rumah usai kerja, saya adalah makcik kantin yang selekeh lagi serabai.

Orang laki bab urus dan layan anak memang fail. Tapi ada juga segelintir yang lebih pandai bab jaga anak berbanding wanita. Memang tak dinafikan. Kalau suami saya setakat jaga basuh berak kencing, bagi makan oklah. Kalau nak lap susu tumpah contohnya ibarat pungguk rindukan bulan. 

Oklah, hidangan makcik kantin hari ni...


Hidang kuali sekali atas meja. Makcik kantin capek nak main basuh pinggan hari ni. Kalu boleh sume makan atas kertas minyak. Sonang kojo.

Aktiviti petang anak2 lepas berjalan2 abiskan duit petang tadi...


Sekali seminggu sy akan bagi anak main kat halaman rumah. Biar diorg kenal nyamuk, ulat bulu, semut, cengkerik, mengkarung, lembu, kambing kat luar rumah tu. Kat dalam rumah dah kenal cicak, lipas. Risau memang ada takut jumpa haiwan merbahaya tapi tawakkal pada Allah. Kalau terperap dalam rumah tak elok. Kita dulu pun main keliling kampung tepi parit.

Main tepi longkang dah cukup walaupun depan rumah seberang sana ada parit tempat tinggal  ikan2 kaloi...


Mangga pagar rumah baru rasa tenang nak biarkan anak bermain di luar. Tu pun ada cubaan kakak nak keluar dari pagar. Dihogah2 pintunya mujur ummi nampak. Ummi taulah pagar umah kita dah nak reput berkarat. Sekali ribut melanda macam baru ni habis terbuka pagar walaupun dah siap bermangga. Ummi walid dalam dilema nak tukar ke tidak pagarnya. Takut lepas tukar pagar, tiba2 esoknya dapat arahan pindah ke besut. 🤣

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...