Monday 10 September 2018

Kenduri sepupu suami

Seronok betul bab makan kenduri...


Ada kerabu sare. Menu unik rakyat Kelantan. Belajar makan lepas kawin dengan suami. Seronok dapat rasa makanan negeri lain. Rasai kelainan.

Cuti berderet buat rasa malas nak mula kerja. Dalam kepala berfikir2 lagi apakah cara untuk dapat pendapatan tetap bulanan 7-8 ribu sebulan tapi tak perlu kerja makan gaji.

Berangan2 nak buat bisnes makanan dan tuisyen bahasa Arab. Di samping bisnes komputer suami. Tapi rasa belum mampu nak ambil risiko berhenti kerja😂. Takut gagal & lemah semangat.

Bila berjaya dapat naik pangkat DS54 baru boleh betul2 fikir nak bersara awal kot hihi. Sape tahu kalau ada rezeki lebih di bahagian lain mungkin saya akan bersara awal.

Jadi kena plan seawal mungkin. Kena berjimat mana yang boleh untuk simpanan mendatang. Beringat sebelum hujan ribut.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...