Monday 27 July 2015

لقاء ثاني مع د. كيلاني

Pagi tadi dalam jam 11 sy ke jamiah dihantar oleh suami yg menunggu dgn lubna dalam kereta. Janji dengan doktor nak berjumpa hari ini utk hantar khuttoh yg telah sy baiki dan bertanya beberapa perkara yg sy keliru dan buntu ketika menyiapkan proposal. Alhamdulillah perbincangan selama hanya 6 minit sangat membantu menghilangkan buntu yg mencengkam pemikiran selama hampir 3 minggu! Itulah peri pentingnya berbincang dgn musyrif yg lebih berpengalaman. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan perjalanan menulis tesis saya dan sahabat2 inshaAllah. Berharap dapat menyiapkan  secepat & sebaik yg mungkin.

Lepas jumpa dr.kilani kami ke kedai tayar kereta semula utk cek sebab tayar kempis lagi pagi tadi. Rupa2nya ada bocor yg sgt kecil terdapat pada bahagian dalam tayar. Jalan raya di sini memang tidak berapa elok. Jalan membukit turun naik menyebabkan tayar kereta selalu bocor.

Selesai tampal tayar bayaran JOD 1 kami ke syari' garden utk mencari kedai komputer. Sepanjang jalan ke sana jem memanjang. Sudahlah panas terik di luar, haba membahang masuk ke dalam kereta. Pasang ekon pun masih belum terasa dingin. Mungkin perlu service ekon pula lps ni. Akhirnya kami xjadi ke kedai komputer memandangkan jem yg agak teruk. Kebetulan lapar pulak terbau2 kesedapan nasi arab di kedai. Jadi terus ke babul yaman utk makan tengahari spt yg dirancang. 

رز محبوك ورز مضبوط...



Harga semua sekali JOD 8 termasuk syai aden dan air. Rasa  nasi sedap tapi biasa2 sj. Cakap2 dgn suami homemade nasi arab lebih sedap. Lagipun dah muak sebenarnya makan nasi arab kedai. Rasa sume hampir sama dan xde spesel sgt dah. Mungkin bila balik msia nnt baru rasa rindu sgt2 nasi arab kedai.

Lagi beberapa hari penghujung Julai 2015. Cepat juga masa berlalu. Lega kelas dh tamat, imtihan kafaah pun dah lepas. Setiap hari rs bersyukur dgn nikmat Allah ini. Saat yg lama sy tunggu akhirnya muncul juga. 

Menu kami beberapa hari ini...




Letak gambar menu yg cantik je. Yg buruk simpan buat pekasam.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah