Monday 13 July 2015

Nobody is perfect except Allah...لا أحد كامل إلا الله

Tempat yg paling banyak boleh bermuka2 ialah di Facebook. Nama pun mukabuku. Semua akan tunjuk the best they have di dinding mukabuku masing2. Walhal hakikatnya menangis di depan skrin komputer @ laptop @ anset @ ipad siapa yg tahu dan nak bagitahu.

Di mukabuku juga semua boleh tunjuk dialah paling perfect. Punya keluarga paling perfect, kejayaan paling perfect, kebahagiaan paling perfect, pendek kata zero masalah lah. Hampir xde masalah sume dia boleh hadapi. 

Punca orang suka bermuka2 di mukabuku sebab ada friends yg akan like dan komen. Jadi nak @ xnak kena tulis yg baik2 saje klu tidak adalah yg komen xbagus laju2. Hasilnya buat segala sesuatu utk mendapat pengiktiran orang lain lagi2 di mukabuku. Mukabuka tempat kita semua bermuka2 termasuk juga saya.

Solusinya? Kalau yg suka update status hampir tiap hari sediakanlah satu blog. Tulislah di situ segala yg dirasa. Bila dah tulis panjang lebar di blog, rasa nak bermuka2 di facebook akan berkurangan. Luahkan dan ceritakan di blog. Lebih tulus dan xperlu meraih perhatian orang lain. Antara sebab utama sy xisytiharkan kewujudan blog ini pd rakan2 ialah kerana sy ingin menulis dgn tulus ikhlas. Xmau menulis demi menjaga hati macam2 orang. Kalau di mukabuku ada macam2 jenis friends yg kita kena jaga hati dia. Susah. Kalau update status, orang komen kena balas. Tapi di sini, sy bebas. Sesiapa pun boleh baca blog ni walau xpernah kenal. Sy boleh reply komen yg seciput dua ciput saje. Xperlu nak bermuka2 mengarang ayat utk membalas komen. Mudah.

Cuma kadang2 sebab terlalu tulus ikhlas menulis di blog terpiki juga apalah agaknya persepsi kawan2 yg mengenali saya terhadap diri saya. Di blog nilah tempat sy meninggi & berbangga diri. Di sini jugalah tempat sy meluahkan rasa lemah serta benci.

Malas mau piki panjang apa persepsi orang. Ini ialah blog sy. Kalau suka boleh terus baca, kalau xsuka duduk dendiam. Kalau ada yg benci sy xluak, kalau ada orang suka pun sy xkan luak. Ini bukan mukabuku. Sy xperlu bermuka2 utk mengambil hati orang. Orang yg membaca pun xperlu bermuka2. Xperlu like, xperlu komen. Baca saje dan ambil iktibar. كفى.

2 comments:

  1. wah terbaik lah salwa...sy pun suka tulis kat blog dari facebook..sebagai catatan kenangan..seronok pulak bila baca balik entri kita...

    ReplyDelete
  2. Bila baca semula tulisan kita di blog rasa mcm baca buku cerita kan..hihi

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah