Monday 6 July 2015

Ramadhan bakal berakhir...

Sekejap saje rasa. Ramadhan hampir sampai kepada penghujungnya. Lusa inshaAllah sudah boleh solat & puasa semula. Rasa spt kosong ramadhan bila xdpt puasa & mengaji. Buka puasa pun tidak nikmat sbb xmerasa lapar. Betullah Islam mendidik kita berpuasa spy dpt rasa sengsara org lain. Kalau perut kenyang sentiasa mcm mana mahu rs derita org lain. Lihat suami berpuasa & penat pun hampir sy sudah lupa bgimana penatnya berpuasa pdhl baru saje beberapa hari tidak berpuasa. Manusia memang mudah lupa. Mohon Allah jaga kami dr kelalaian.

Pagi semalam call dr.kilani dua kali tapi xdiangkat. Hajat nk jumpa doktor tunjukan khuttoh yg sy dh baiki. Tapi doktor xangkat. Try mesej di whatsapp. Terkezut doktor balas tp sedihnya doktor kata dia cuti smpi eidul fitr. Hmm nampaknya lps raya jgklah baru dpt confirm khuttoh dgn doktor. Xpelah yg penting sy kena kemaskan lg isi. Bagi hadam betul2 utk defend nanti. Semoga Allah mudahkan jalan ini. Sy mau phd ini santai & mudah saje. Xmau kalut macam master dulu2.

Baru ni tengok duit RM jatuh lagi. Piki2 klu duk msia dgn duit gaji saje mau rs bahang kejatuhan ekonomi yg dahsyat. Duk sini ada elaun jd xterasa sgt kemerosotannya, cm terkilan sbb duit 1 dinar jordan menyamai RM 5.37. Telan air liur. Mula2 sampai dulu baru menyamai RM 4.60. Banyak sgt bezanya. Belum masuk kos transaksi & penukaran yg diambil bank.

Bercakap ttg wang, baru ni tengok di sebuah blog yg menyenaraikan 10 pekerjaan dgn gaji paling besar antaranya keja engineer bidang oil & gas dgn gaji RM40,000 sebulan. Besarnya gaji depa ni. Piki punya piki kita yg gaji 5-6 ribu pun dh rasa macam kaya. Rs nak bermewah2 beli keta mahal, umah nk yg besar2, padahal gaji xsampai pun suku gaji paling besar yg org lain dapat. Perasan kaya kita ni. Lagi teruk klu yg gaji bawah 3ribu makan di luar hampir hari2, pakaian nk yg branded, keta nk yg mahal2. Hakikatnya duit gaji tiap bulan selalu xcukup. Habis lepas 3-4 hari dapat gaji. Itu pun masih nak berbangga dpt gaji tiap bulan wlupun xpernah cukup.

Solusinya? Ajar diri utk qonaah. Cukup dgn apa yg ada. Kena ajar diri gaji 5-6 ribu tu kecil saje sbnrnya. Bagi mak ayah sikit, lebihan guna utk keperluan & simpan. Biasanya sy akan simpan dulu, bagi mak ayah dan bahagikan pd perbelanjaan. Lebihan simpanan akan salurkan kpd yg memerlukan sbgi sedeqah. Mmg susah nk ajar diri cukup dgn apa yg ada. Skrg ni pun hati sy memberontak nak beli carpet utk umah sewa di sini. Pdhl bukannya perlu sgt pun. Cuma piki nk cantikkan umah bila raya ni rs membuak2 nk beli itu ini. Lepas dihitung2 mgkn sy akan beli kipas kecil & carpet sebuah. Huhuhu.

Pendek bicara, beli bawah kemampuan. Klu mampu beli kipas dgn harga RM50 contohnya, belilah kipas yg lebih murah dr harga mampu kita tu. Itu mmg cara sy sejak dulu lagi. Cuma bila dh bkahwin ni suami sy lain pulak stylenya. Huhuhu. Ni pun dh siap pujuk suami beli kipas yg murah je nnt sng nak jual balik msia nnt. Beria pujuk suami pdhl duit nk beli kipas gn duit sy jg. Sebab kena sentiasa ingatkan suami, klu x abis yg mahal2 je dipilihnya kt kedai nnt. Kehkoh.

Macam tulah perasaannya orang yg bekerja, susah payah dia dapatkan duit, simpan berdikit2 tiap bulan, macam tu jugalah sepatutnya rs susah nk bazirkan duit pada barang yg xperlu. Klu boleh nk dapat yg murah je semua. Dpt free lagi bagus. Atau xpayah beli lagi berganda2 bagus. Simpan utk kegunaan masa hadapan. Nak pegi melancong, nk besarkan rumah, antar anak ke sekolah swasta agama yg bagus, bagi sedeqah bila2 masa, itu perancangan masa hadapan sy utk segala simpanan yg telah dibuat.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah