Friday 25 December 2015

Macam-macam nak cerita...

Dalam kepala macam-macam perkara saya nak tulis. Tapi kadang-kadang kerana asakan tugas sebagai ibu, isteri, wanita dan pelajar menjadikan niat menulis jadi terbantut dan saya pun lupa apa sebenarnya yang hendak ditulis. Tugas pelajar duk di belakang sekali tewww. Maklumlah di rumah, suami dan anak  tidak melihat saya sebagai pelajar tetapi sebagai pompuan yang suka memasak dan membaca resepi serta lebih banyak duduk di dapur berbanding mengadap buku. Kah3. Habis tu tak kan nak pakai tudung dengan kad pelajar kat rumah baru suami dan anak ingat saya ni pelajar! Ha marah marah...keh3.

Hari ni selesai membaiki draf fasol thaniyy bagi kemahiran bertutur dan membaca secara kuat. Mudah betul tajuk saya. Yang susah ialah istiqomah untuk terus rajin dan semangat membaca dan mencari bahan. Tajuk orang lain lagi susah, kena masuk makmal sana makmal sini, saya paling teruk pun nanti cari dakatir untuk semak adawat dirosah saya (apa entah terjemahan melayunya, teruk betul) dan laksanakan rancangan pengajaran terhadap pelajar. Itu saje. Bunyi macam mudah tapi kenapa tak siap-siap lagi nih?! Berangan banyak ni.

Nak sambung menulis tesis sekejap. Nanti sambung blog pulak.

---------


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah