Sunday 20 December 2015

Penghujung Disember 2015

Lagi beberapa hari akan sampai ke penghujung 2015. Usia semakin bertambah seiring pertambahan tahun. Tahun depan sudah mencecah 32 tahun. Tuanyaaaa. Rasa masih 23 tahun saje. Lihat kulit di tangan sudah nampak garis halus kedut. Liang roma semakin membesar. Kulit tidak mulus seperti remaja dulu. Sedih.

Makan nasi hujan panas di rumah midah semalam. Ya Allah sedapnya, rindu pada nasi minyak bungkus di terengganu. Next time harap dapat makan lagi nasi hujan panas midah ni. Kih3...


Dalil penyediaan tesis. Susah betul untuk dapatkannya! Kena minta izin dekan untuk fotostat. Pergi maktab dekan pulak ada muhadoroh, tercongoklah depan pejabat macam orang buduh  untuk 20 minit. Padahal apalah salahnya bagi free pada student postgrade! Lepas ke sana ke mari, akhirnyaaa Ala' secretary qism bagi saya free je buku ni. Alhamdulillah. Mujur terserempak dengannya di bilik fotokopi selepas dapat keizinan dari dekan untuk copy. Itu pun sorok-sorok dia bagi. Hihi. Pelik betullah arab ni kalau tak bagi student fotostat maka sediakanlah manual ini secara banyak dan juallah dengan harga berpatutan. Semua student postgrade berduit dan mampu beli.


Makan tenghari hari ini. Ringkas...


Lubna...


Gulai ayam...


Musakkhon...



Hari ni juga saya jumpa dengan usyrif dr.kilani. Saya hantar fasol dua yang baru siap separuh. Selasa ini akan berjumpa dengan doktor semula inshaAllah. Yang pasti doktor dah pindah bilik dan tidak menjadi dekan manahij wa tadris lagi.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah