Thursday 21 September 2023

Birthday suami dan emak 2023..

Tahun ni ialah tahun yang agak lesu bagi saya. Sambutan hari lahir anak2 dan keluarga biasa sahaja. Kali ni untuk suami hanya ucapan kad dan cabutan bertuah haha..

Kelakarnya suami cabut dapat wang tunai RM100 tapi nak request cabutan paling mahal. Hahaha. Tapi sebab tak puas hati tak dapat yang dihajati maka kami anak beranak buat cabutan. Lucunya saya, lubna dan halaa cabut dapat telefon bimbit RM1000. Dan Alyan cabut dapat secret recipe. Maka decide xpelah handset baru untuk walid. Tambah lagi handsetnya dah rosak banyak dan retak pulak skrin gara2 anak bongsu. 

Untuk mak pula tadi kami adik beradik pakat adhoc transfer duit sikit sorang dan beli kain dan kek..

Ringkas saje tahun ini. Hanya saya dan kakak sekeluarga yang ada memandangkan kami yang dekat. Adik beradik yang lain jauh dari Terengganu.

Semoga Allah berkati emak dan suami kehidupan di dunia dan akhirat. Awa sayangggg mak dan abang.

Ok, ini makan baru ni di kedai nasi ayam yunan tok jembal..rasa sedap tapi sedap lagi nasi di batu burok..
Harga sepinggan nasi ayam tauge RM9.

Ini pula bengkel audit Mauritius baru ni...makan2 wajib ada...
Bengkel buku...

Bermalam di rumah kakak baru ni di Dungun..bawa anak jalan2 main sgn sepupu..

Sedapnya nasi lemak kakak wangi serai semerbak...


Picnic..

Masak sup daging minggu lepas saat rajin...
Susah nk masak sekarang sebab malas yang amat. Harap lepas reno dapur jadi semangat semula. Nak pecah tembok sikit InshaAllah.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...