Saturday 2 May 2015

Pantang hari pertama (1)

Lepas tepon mak di malaysia beberapa kali, rujuk bahan di internet dapatlah sikit info macam mana nak berpantang selepas keguguran. Alhamdulillah dapat ilmu baru walau pun xpasti dpt istiqomah atau tak terutama tang makan tu hik2.

Tengahari semalam darah beku yg paling besar keluar seketul jatuh pada pad. Sy amik dan telek nampak macam ada uri dan kantung janin, sy basuh dan simpan dlm bekas bersama ketulan darah yg lain. Siap amik gambar lagi dan bubuh bekas dlm plastik serta simpan dlm peti ais. Hajatnya nk bawak tunjuk pd doktor hari ini inshaAllah. Itu pun klu doktor nk tengok. Huahua.

Lepas keluar ketul paling besar tu darah sy mula berhenti turun. Turun sikit2 saje sampailah skrg. Rasa lega dan syukur sngt. Xsangka secepat ini darah akan berenti turun. Bahagian perut pun rs ringan dan xde rs sakit mild period pain yg sy rs spt sebelum ni. Alhamdulillah. (Sy berpegang pd pandangan bhw darah sy turun sblm janin gugur adlh darah istihadah dan sy solat spt biasa. Tapi bermula dr semalam selepas sy yakin janin sudah gugur maka status darah bertukar menjadi darah nifas dan sy mula tidak solat & tidak melakukan ibadah lain yg perlu dielakkan oleh wanita yg sdg berhadas besar)

Tunjuk pada family di whatsapp nak termuntah adik2 laki sy tengok. Hahaha. Saje sy tunjuk pd sume biar diorg tahu macam tulah rupanya darah orang gugur. Klu xtengok xtau. Nanti bila satu hari perlu tahu sekurangnya dh ada pengalaman tengok bentuk darah beku (janin xjadi). Kita sume belajar melalui pengalaman. Dan menurut teori konstruktif piaget dan ausbel, pembelajaran paling terbaik adalah apabila pelajar mengaitkan pengalaman pembelajaran yg baru dgn maklumat dan pengalaman yg lepas. 

Ok, bermula smlm sy mula amalkan beberapa cara utk berpantang spnjg 2 minggu ni. Xterlalu ketat kawalan pantang sy. Huhu. Tapi yg ini pasti sy akan buat:

- sapu salap bam pala pada tapak kaki dan pakai stokin.
- sapu salap bam pala pada perut dan bhgian ari2 serta pakai bengkung kadang2 je. Huaa.
- elak makan makanan sejuk dan berangin. Banyakkan mkn halia, bwg putih dan lada hitam.
- elakkan makan makanan berminyak (ganti menumis dgn minyak zaitun)
- banyakkan berehat. (Tapi bosan baring lama2, nk buat bahas pun malas kn ngadap laptop. Nak baca buku pun xde mood dah. Rs nk santai je. Jadi mlm smlm akibat bosan sy turun ke dapur memasak!)
- makan jamu maajun.
- makan asid folik.
- minum air madu dan pati delima.
- minum air rebusan kulit kayu manis (petua arab utk buang darah beku).
- minum air rebusan halba utk buanga angin ( yg ni baru nk buat hari ni).

Tu je kot stkt ni termampu buat. Nak mandi guna bahan herba pun xde herba yg sesuai di sini. Lagipun malas nk buat herba sendiri. Kih2.

Ok, ini makanan dlm pantang sy smlm. Suami masakkan salmon bakar dan sayur bayam msk air...


Yg ni sy gatal turun dapur masak utk makan malam...masak mee lada hitam resepi chef haniieliza. Sy guna minyak zaitun utk menumis...


Lepas masak hilang segala stress, tapi dtg pulak angin dlm badan hu3. Xleh lasak sgtlah nmpknya. 

Ok, skrg baru jam 7.24 pagi. Dlm 15 minit nk bersiap jumpa doktor inshaAllah.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...