Friday 29 May 2015

Study Plan terkini (2015)

Sempena dengan berakhirnya subjek PhD ni, sy kena buat study plan yg baru khas utk penulisan tesis. Plan penulisan tesis...

Jun    : Baiki proposal
Julai  : Tunjuk proposal pada raisah qism & minta cadangan musyrif
Ogos : Baiki proposal ikut kehendak musyrif
Sept  : Fasol II (Itor nazori)
Nov  : Fasol III (Manjhaj dirosah wa ijroaat)
Dis   : Rangka model pengajaran
Jan   : Rangka model pengajaran utk dilaksanakan
Feb  : Balik Malaysia utk kumpul data
Mac : Kumpul data
April: Kumpul data
Mei  : Analisis data
Jun   : Analisis data

Cukup SETAHUN perancangan. Kita merancang Allah juga yg menentukan dan sebaik-baik perancang. Yang penting فإذا عزمت فتوكل على الله. Kalau yg dirancang itu tidak menjadi pasti ada silap di mana2 malah itulah sebenarnya yg terbaik untuk kita. Yang penting rancang dan usaha dahulu!

Sambil plan tesis dalam kepala ni xabis2 plan nak gi jalan2 serata dunia. Macam banyak duit.  Lagi2 perbelanjaan tiket mmg saya yg akan bayar utk suami dan anak memandangkan gaji sy saje yg berjalan sejak duduk di sini. Memang xbanyak tp bolehlah nk pegi 3-4 buah negara spanjang berada di Jordan ni. Lagipun Jordan ni dh di tengah2 negara2 yg memang sy teringin nak pergi:

  1. Mekah & Madinah (Umrah). Perjalanan boleh melalui darat (naik bas 12 jam termasuk urusan dokumentasi di sempadan) atau flight (dlm 1 jam 40  minit). Dekat je kan kalau naik flight sorang return dlm RM 1700! Student msia di sini mmg ada bt rombongan naik bas ke Mekah tp sy dan keluarga masih belum berpeluang join sekali sbb sesi pengajian universiti kami x sama. InshaAllah awal tahun depan semoga ada rezki kami join bersama.
  2. Turki. Dah lama mengidam nak pegi. Isk3. Suka dgn pemandangan di sana. Kalau naik flight direct dalam 2 jam 55 minit shj dari Jordan. Harga tiket dalam RM1600 return. Haa dekat kan. Jordan ni mmg dh centre negara2 yg memang sy hajat nk pegi.
  3. Morocco atau Maghribi dlm b.Arab. Harga tiket  dalam RM1700 - RM2000 ++ (return).  Kalau turun di casablanca perjalanan akan lebih lama sbb stop transit di tempat lain dulu.
  4. United Kingdom. Yang ni memang lagi lama mengidam nak pegi. Kalau turun di London dalam 6 jam perjalanan dari Jordan. Harga tiket sorang dlm RM 2500 ++ (return). Sebelum pilih dtg joden pun sy dalam dilema nk pegi UK atau Joden. Tapi sbb sayangkan b.Arab sy pilih pegi Joden, isk3. Sampai skrg sy pujuk hati x sambung di Uk pun sy akan pegi juga ke sana utk makan angin inshaAllah.
Ini empat tempat yg sy berhajat nak pergi sbelum tamat PhD dan balik Malaysia. InshaAllah, inshaAllah.

Negara yg pernah sy pergi x banyak pun. Setakat ni baru pernah menjejakkan kaki ke tiga buah negara: 
  • Beijing, China (Bentang kertas conference)
  • Jordan (Sedang sambung PhD di sini)
  • Oman (Stop sehari di oman dlm perjalanan pulang ke Msia, sempat singgah umah kawan dan shopping souvenirs)
Lepas pergi ke tiga negara inilah sy tekad nak jejakkan kaki ke negara lain juga. Sy suka tengok budaya dan makanan org tempatan. Suka dgn pemandangan yg berbeza dgn negara kita. InshaAllah sekiranya ada rezeki tidak ke mana.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...