Sunday 10 May 2015

Alhmdulillah, sy lulus imtihan kafaah (Rasmi)

Syukur tidak terkata atas ni'mat Allah ini. Rasa seperti di awangan. Awal sem dulu rasa mustahil je boleh lulus imtihan ini memandangkan sy agak malas membaca. Lagi2 bila ada anak satu ni melayan kelincahan lubna rasa seperti mustahil untuk cemerlang dalam pelajaran apatah lagi utk lulus dalam imtihan kafaah yg memerlukan calon membaca 7 buah subjek dlm masa yg singkat! Tambah lagi bahasa utk menjawab bukan  dlm bahasa kita tapi dlm bahasa orang. Double triple rasa kepayahannya. Tapi xpe sbb sy sukakan bahasa Arab!

Saya tekad untuk menduduki imtihan kafaah ni lepas melihat taqwim jamiah yg menetapkan imtihan ini pada bulan april dan disember sahaja bagi tahun 2015. Plan asal saya nk ambil imtihan ni ketika fasol soifiy (summer) pada bulan ogos tengok2 xde dlm taqwim jamiah. Teruk betul rasa waktu tu. Xkan sy nak hold sampai bulan disember ni. Apa sy nak buat sepanjang 6 bulan selepas kelas tamat jun ini??

Jadi nak xnak kena tekad amik juga april lepas. Walau pun sy tau akan bergelut dan bergelumang dgn 3 subjek lagi spnjg sem ini. Suami banyak kali kata cubalah dulu. InshaAllah berjaya. Walau pun sy tau suami mungkin xdapat nk jamin 100% kejayaan sy & xdpt nk ringankan 100% beban yg sy rasa tp sekurangnya dia percaya sy boleh lakukan. Jadi sedikit sebanyak rs yakin nak taqdim imtihan april lepas mula terbit dalam hati.

Yg bestnya hampir setiap minggu sy akan tanya suami: "berapa peratus kepercayaan abang yg awa akan berjaya dalam imtihan ni?" hahaha apa punya soklan. Kerut2 suami nak faham. Lagi best dua tiga minggu sebelum imtihan sy siap ckp pada suami tengoklah kalau rasa nk daftar awa daftar klu rs xmau awa hold ke bulan disember. Kah3. Sesuka hati je.  

Masa terus berjalan sampai kadang2 sy terlupa sy sedang mengandung. Saya terus mengamalkan makanan pilihan yg baik ketika hamil, membaca surah2 pilihan, solat sunat hajat tetapi sy gagal mengawal emosi stress dan berpenat2 hampir setiap hari. Bukan saje penat utk persediaan imtihan kafaah tp penat utk tiga buah kelas yg sy daftar juga semester ini. Persediaan sebelum ke kelas, di dalam  kelas, selepas kelas semuanya memerlukan kekuatan tenaga dan mental. Lagi2 bila berhadapan dgn doktor yg super double garang spt dr.hamdan. Seminggu pertama kelas dgn dr.hamdan hampir setiap hari sy menangis. Suami stress tgk sy menangis sampai suh sy drop subjek ni. Siap bg amaran lagi klu sy gugur puncanya adalah sbb dr.hamdan. Huhuhu. Memang emosi sy langsung xstabil lepas dpt berita kelas dr.tahani diganti dgn dr.hamdan. Dan akhirnya kandungan sy gugur pada 1 mei 2015 ketika usia 10 minggu (8 minggu usia janin sbnr).

Sy mula membuat solat hajat hampir pada setiap kali solat wajib. Saya mohon dipermudahkan kelas dgn dr.hamdan. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dr dalam. Lama2 sy mula terfikir inilah hikmahnya. Allah nk sy solat hajat minta dan mohon padaNya banyak2. Baru sy terfikir utk melakukan solat sunat hajat utk berjaya dalam imtihan kafaah ini juga. Bermula dari situ hampir setiap hari sy xtinggal solat sunat hajat mohon agar berjaya dalam kafaah ini dan diringankan beban yg dirasa spnjg kelas dgn dr.hamdan dan kelas2 lain. Alhamdulillah, bulan april sj hari khamis dua minggu berturut2 kelas dgn dr.hamdan xde sbb jamiah cuti dan minggu seterusnya cuti hari pekerja yg jatuh pd hari jumaat ditarik pada hari khamis. Hihihihi.

Natijah di portal pagi ni...

Hajat nak bt majlis kesyukuran dlm masa terdekat inshaAllah. Semoga Allah memudahkan niat sy ini.

Kertas2 ini yg sy baca sepanjang dua bulan di samping buku2 yg berkaitan. Ada citer di sebalik kertas2 ni. Lepas abis imtihan kafaah sy masih belum menyimpan kertas2 ini di stor. Sy susun elok2 bawah meja study sbb atas meja dah penuh dgn buku. Sy cakap pd suami sy takut nk simpan mana tahu kalau gagal kena buka semula...


Semalam sy cakap lagi pada suami bilalah natijah rasmi nak keluar ni. Semak dah rasa tengok kertas2 tu duk bawah meja. Suami pun cakap alah kalau gagal pun bukan boleh amik sekali lagi terus, kena tunggu bulan disember jugak kalau perlu amik. Eh ye tak ye jugakkan. Lalu sy pun terus mengambil plastik dan meletak segala mak kertas ke dalam plastik utk disimpan dalam stor. Dalam hati rasa sedih, berharap sgt agar xperlu lagi utk melihat nota2 ini akibat kerana gagal.

Alhamdulillah doa kami diperkenankan Allah=)



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...