Monday 18 May 2015

Beli periuk lagi...

Suka betul beli barang dapur. Xtaulah nape. Rasa gembira lps beli. Agaknya klu duk di msia penuh dh dapur kecil sy dgn periuk belanga & pinggan mangkuk. Sebab di sini bukan duduk di umah sendiri jd tahan nafsu nak beli itu ini. Bila piki balik msia nnt susah kena angkut satu hal pulak terus xjadi nak beli macam2. Yelah tu. 

Periuk ceramic baru beli tadi di mundo blanco...


Belah kiri JD25 belah kanan JD23 selepas diskaun 10% setiap satu. Lebih kurang RM240. Ni dah pasang hajat nk bawak balik msia nanti inshaAllah. Seronok betul rase.

Tengahari tadi sy masak kurma ayam. Teringin sgt makan. Lepas masak baru perasan tarikh luput rempah kurma pada bulan januari tahun ni. Huhuhu. Mujur rasenya masih ok. Suami suh simpan dlm peti ais. Nk buang sayang sbb rs masih elok. Lagipun kt sini mana nk cari rempah2 macam ni. Sume bawa dari msia. Guna pulak bercatu. Belum lagi asam keping, serai, lengkuas kadang2 sampai dua tiga kali pakai utk masak sebab kat sini xde. Hahaha. Selagi ada rasa selagi tu kami guna. Jimat cermat.

Makan dalam dulang. Periuk masak bukan main mahal dan cantik. Last2 makan dlm dulang besi jugak. Kihkoh. Senang xpayah basuh bnyk pinggan...


Pembuka selera budu dan cili. Jimat cermat sy makan budu dan cili. Takut betul kalau abis...


Kelas tinggal lagi dua minggu. Seronoknya alhamdulillah. Rs mcm xpercaya sy dh pun lulus imtihan kafaah dan boleh mula menulis tesis. Lega teramat. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...