Thursday 1 June 2023

Cuti-cuti Kelantan Jun 2023

Padahal tiap bulan balik Kelantan kampung suami. Tapi kali ni lebih excited sebab rasa rindu sangat nak berjalan-jalan lagi di sini.

Bertolak hari Khamis jam 6.30 petang. Setelah selesai urusan di pejabat dan rumah. Singgah makan malam di kedai makan masakan panas sekitar Besut...RM37 termasuk air, 4 nasi goreng dan 4 air..

Order dulu baru kejut anak2 yang ketiduran. Rasa 3/5. Apa tah nama kedai tapi cerah dan nampak bersih serta lapang. Cuma ada kucing beberapa ekor hmm.

Ini pula Pengkalan Kubor, Kelantan pagi tadi. Jannah! Paling seronok dapat beli ouali RM13! Beli coklat purata dalam RM120 semua sekali tak termasuk coklat suami beli. Kedai pertama singgah..

Beli kuali di sini...
Sampai sini jam 9.20 macam tu. Kedai PKT yang kebanyakan coklat lebih nurah dari kedai lain buka jam 10am, jadi jalan ke kedai lain dulu yang dah buka.

Singgah di luar Pengkalan Kubor beli tomyam jenama kegemaran saya! Susah betul nak jumpa jenis pum ni! RM18 sebotol saiz besar..

Nasi kak chik, beli di kedai utama dia odw balik Kb..RM22 semua sekali..2 nasi dagang, 4 nasi berlauk ayam..

Makan di rumah mak sedara suami, tokmi..rumah sepupu suami juga..di sinilah rumah yang kami akan inap tiap kali balik Kelantan..

Kelaparan semua sebab makan pagi ringan sahaja. Sambung malam nanti plan nak makan di kedai ikan bakar air asam. Nanti update.

Sambung..ikan bakar air asam..siakap bakar berempah dan cencaru bakar kosong..RM67...nasi 6 pinggang penuh...

Syok sungguh!

Pasar kubu pagi ini...
Nasi dagang dan kuih-muih!

Cendol Sarah..terbaik pekat dan sedap!
Cendol basic RM4..


Nasi Sumatera pohon nako.. kebetulan lalu singgah beli sebungkus saje..RM12..sedap dan begedil besar sungguh..

Beli burger dan fries tuk anak2...

Singgah beli tudung di bazar tok guru. Rata2 harga mahal beno pakaian dah ye sekarang. Rasanya bukan pilihan yang bagus kalau nak membeli tiap bulan di sini. Sekali setahun datang dari jauh bolehlah. Macam saya biasa datang sini untuk beli tudung kosong chiffon arga pun RM20 jah.

Odw balik Terengganu semula. Singgah beli yougurt u.Rashid. Lupa nak ambil gambar. Singgah beli keropok leko rebus yang sedap! Terjumpa secara tak sengaja.. lepas ni virallah sampai tak dan nak beli agaknya macam kopok leko di petronas Merang huhu..




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...