Thursday 25 May 2023

Nak jadi selfish jugaklah!

Sebelum terlupa kos servis expander RM314 untuk 20 000km. Dalam masa sejam settle alhamdulillah. Tapi suami kata Alyan nakal sungguh. Halaa molek pulak main kat service centre sambil menunggu siap.


Oklah, tajuk kat atas tu adalah merujuk kepada diri sendiri. Dah sampai masa jugak untuk selfish. Cukuplah kot pegang jawatan sebagai kpp setelah menghampiri dua tahun memikul tanggungjawab. Orang lain boleh selfish saya pun kena selfish jugaklah kan! 

Sepanjang jadi kpp sakit kepala saya makin bertambah. Mata makin teruk rabunnya. Lelah semput dah mula datang. Jawatan kpp ni macam satu torture. 24 jam kena bersiap sedia padahal elaunnya RM600 shj. Tugas hakiki mengajar, menulis semua jadi sampingan padahal yang itu gaji utama dibayar.

Orang nak jadi kpp sepatutnya dimudahkan ini tidak, ditambah beban. Alasan dah dapat elaun. Tak boleh nak kata apalah. Nanti orang cakap tak bersyukur.

Sakit kepala nak handle ahli yang 16 orang ni dgn macam peel dan ragam. Nak tambah term jadi kpp? Big NO. Maasalamah. Dengan bermacam urusan pelajar. Urusan dengan atasan dan staf pentadbiran. 2 tahun cukuplah. Jangan lebih.

Ada orang dia tengok orang lain macam xde masalah. Dia rasa dia shj yang ada masalah. Padahal dia yang tak tahu urus masalah dan rasa dia saje yang ada masalah dalam dunia ni!




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...