Wednesday 10 May 2023

Bonus TH bagi tahun 2022

Dalam sejarah, bonus dihebah pada akhir April 2023. Jenuh menunggu.


3.10%. Alhamdulillah sama seperti tahun sudah. Ingatkan kerajaan Madani ni dapat bawah 2% hehe. Dapatlah dalam 2.3k lebih dividen tahun ni. Ramai yang rasa sikit je dividen yang dapat dari TH. Dalam hati saya, memanglah sikit dah simpanannya sikit😂..Tapi tak tergamak nak kata begitu. Biar jelah yang penting saya konsisten menyimpan dah tak kisah berapa persen pun dapat asalkan dapat jana duit dan pergi haji InshaAllah. 

Untuk anak2 pun sama. Tiap bulan potongan tetap bersama tambahan topup bila ada duit lebih. Boleh guna untuk masa akan datang jika perlu. Usaha untuk tidak meminta atau mengharap pemberian orang.

Duit raya anak2 pun saya transfer ke sspn dan th mereka. Purata dalam 200++ seorang terkumpul. Beginilah kita rakyat marhaen menyimpan. 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...