Wednesday, 8 April 2026

Rutin baru sejak kejadian jatuh

Berulang dari Hosza - unisza - manir. Setakat ni masih konsisten tidur di hospital menemani suami. Cuma penat ke sana ke mari. Mujur anak2 mak abah boleh tengok di Marang tapi memenatkan kesian pula.

Kereta dah jadi rumah juga tempat saya isi barang.. 
Gosok tudung di ofis. 

Kin dan suami datang melawat tadi.. 
Antara menu di hospital.. 

Wad bilik seorang.. 

Ujian dari Allah.

Hanya boleh berdoa dipermudahkan segala urusan kami. 

Nak dikenang kalau kalau hanya menambah gelisah. 

Terima sajalah takdir Allah. Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

Alhamdulillah ala kulli hal. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك