Thursday 28 November 2013

KEPANTASAN urusan di pusat kesihatan di Jordan. Malaysia patut ambil teladan...

Pagi tadi keluar ke markaz amradh ambil keputusan ujian darah baru ni. Bila sampai, tengok ramai sudah orang2 menunggu. Semuanya lelaki, kecuali saya & khadeeja saja perempuan. Rupanya pegawai bertugas tgh selesaikan urusan lain di tingkat atas. Xpelah, nmpk gaya mcm cepat je urusan ambil result nanti jd xkisahlah kn beratur panjang. Tapi, akhirnya xperlu beratur pnjg, pegawai tu bila nmpk kami dia panggil "maliziyah..ta'ali.." Jadi terus potong line amik result. Hik2. Itulah kelebihan jd pompuan kt sini & kelebihan jd warganegara asing di bumi Jordan.

Satu kelebihan yg sy dapat rasa adalah urusan2 di mana2 pusat kesihatan di Amman, Jordan sangat cepat & pantas. Ini antara kisah kami berurusan dgn org2 kesihatan di sini:

1) Teringat waktu bawa khadeeja kali pertama ke klinik krn gatal2 kulit, xperlu menunggu utk mendaftar nama, terus masuk bilik doktor, cucuk kat buntut 2 kali, keluar & bayar duit konsultasi & terus balik. Xyah tunggu ubat, cari di farmasi berdasarkan preskripsi yg doktor bagi. Mudah sangat. Tak sempat nak buang angin pun.

2) Waktu cucuk lubna baru ni utk usia setahun, bgtau nk cucuk usia setahun. Masuk ke bilik doktor yg dah sedia ada ramai patients, diorg tanya warganegara & terus sedia alat tuk suntik. Xde tulis nama @ sesi pendaftaran. Xsempat nak tengok jarum suntik pun, tup2 tgk nurse titis ubat dlm mulut lubna pastu suntik di lengan. Sambil berdiri je sume. Siap. Pastu terus balik menonong je sambil tertanya2 dlm hati, eh lubna dah cucuk ke belum. Apa punya soalan pdhl depan mata kn cucuk tadi.

3) Baru ni keluar utk ujian darah, pegi kaunter bayar duit, terus ke tingkat 2. Sampai situ tgk ruang terbuka je utk ambil darah. Campur lelaki mahupun perempuan. Tapi xramai. Kalau ramai pun diorg wat sekejap betul. Letak passport & resit byrn atas meja, kerani akan daftar nama kita, dalam masa 2 minit, doktor pun panggil, amik darah, pastu mik passport semula & terus balik. Tak sempat nk panas punggung duk kat kerusi yg agak buruk2 jgk. Kelam kabut sebab duduk bangun je lebih. 

Kalau nak banding dgn pusat2 kesihatan kerajaan di Malaysia, memang di sini jauh lebih cepat & pantas. Walau pun, nampak x sistematik sekurangnya tak perlu menunggu lama. Teringat waktu pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan daerah marang & rhu renggeh utk ibu mengandung & selepas. Ramai atau tak ramai orang, siap proses sume paling sekejap 1 jam. Pernah ke klinik kesihatan, nampak ada 2 org je patients sdg menunggu. Saya pun bertanya pd salah sorang ibu dah berapa lama menunggu, dia kata dah dekat 2 jam tunggu nurse panggil utk cek bayi dia. Terkejut saya, xsanggup menunggu lama juga terus angkat punggung ambil semula buku bayi & tekad utk pergi klinik panel kt gong badak sj. Bg alasan pada nurse, nanti datang semula pdhl lepas dari tu langsung tak pernah datang bawa lubna.kui2. Jauh pun xpelah, asalkan xperlu menunggu berjam2 dgn bayi yg masih kecil. Harap rupa klinik je lawa sikit dari pusat2 kesihatan di Jordan tapi dari sudut kepantasan buat kerja mmg ketinggalan pusat kesihatan kita. Memang rupa bangunan pusat2 kesihatan kerajaan sini buruk, tp kerja cepat. Setakat inilah, xtahulah lain kali mcm mn pula.

Ini slip result darah. Simple sangat, banyak kali belek takut salah @ xcukup helaian...





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah