Tuesday 19 November 2013

IELTS punya cerita & kisah luar biasa

Kalau yang sambung ke luar negara dlm bidang master/PhD harus mnduduki dahulu ujian TOEFL atau pun IELTS.. Walaupun nak sambung ke negara Arab wajib jg ambil sbb itu adakah syarat universiti & syarat KPT sendiri. Bezanya universiti di Jordan hanya msyaratkan band 5 sudah cukup utk mlayakkan diri utk mohon mn2 universiti di sini bg sbrg pengajian sastera, tapi KPT pula msyaratkan lulus band 6.5 ke atas utk mana2 bidang ke luar negara. Gerun kan. Apatah lagi org yg macam saya, bidang bukan bahasa inggeris tiba2 kn amik IELTS utk ke luar negara. Mmg rasa sgtlah risau & down takut2 x pass.

Cuma sekarang bermula dr ptengahan tahun 2013, Jordan telah mensyaratkn ujian TOEFL sahaja yg diterima utk sebarang permohonan masuk ke uni2 di sana. Saya tidak tahu mana satu yang lebih sukar. Tp IELTS bg sy sudah cukup susah...

Saya ambil IELTS pada 10 mac 2012 kalau xsilap. Tahun & bulan tu confirm betul cuma tarikh yg xpasti hehe. Ambil di british council, kuala lumpur. Dr terengganu saya mmulakan perjalanan dgn suami yg drive dlm keadaan xberapa sihat. Kasihan suami, sampai di hotel dia tbaring lesu. Rupanya spnjg 3 hari berada di hotel sepanjang itu suami tidak sedap badan. Kenapa? Nantikan jawapannya slps ini...

Saya sempat belajar sendiri utk IELTS dlm tempoh sebulan. Dengan bantuan suami juga kami sama2 menjawab soalan2 b.inggeris dan membandingkan markah. Rs seronok sbb dpt kalahkan suami dlm beberapa ujian BI online. Kadang2 suami carikan test utk saya jawab. xlupa juga saya cari blog bkenaan dgn pengalaman org yg prnh mgambil IELTS. Sy revise semula grammar, baca bnyk bentuk2 esei, mdengar contoh listening texts tapi sy tlupa nk tgk teknik & bentuk ujian IELTS yg sebenar. Hihi. Hasilnya sy agak terkejut pd kali pertama melihat soalan2 ketika ujian blangsung. Terutama utk reading skill. Sy x menjangkakan sesusah itu soalan. Sy tidak tahu bgaimana harus mjawab sdgkn ia adlh soalan multiple choice! Anda bukan hanya perlu memilih A B C D tetapi anda juga harus tahu kedudukan jawapan di dalam teks dgn tepat. Soalan yg sgt tricky & brilliant!Akhirnya alhamdulillah selepas beberapa hari bdebar, selesai jg ujian.

Result IELTS lepas 2 minggu rasanya baru keluar. Boleh tgk result secara online. Apa result saya?saya dapat cukup makan band 6.5 alhamdulillah:). Rasa gembira sgt xsabar nk bgtau suami. Kebetulan tgk result di pejabat. Ketakutan utama sy dh berakhir sebaik dpt resultnya. 

KISAH SEHARI SEBELUM IELTS

Sebenarnya sehari sebelum ujian IELTS, sy sempat mbuat UPT test ketika di hotel. Hasilnya hanya 1 garisan je yg kluar. Maknanya xde apa2 lah tu. sebab sy bt ujian UPT test sbb haid sy dh 3 hari lewat & bdn saya sudah mula sengal. Tiap hari lumur losyen halia di perut agar cepat darah turun. 

Saya masih ingat selepas mlihat hanya 1 line yg kluar pd alat UPT tu sy terus campak dlm tong sampah dalam tandas bilik hotel kami. Rs janggal & sedikit terkilan walhal sy belum ada kesediaan yg kuat utk mmiliki anak wkt tu. mgkn naluri setiap wanita tb2 berubah perasaan. Keluar dr tandas sy mula mbaca blog2 wanita yg pernah mjlnkn ujian UPT, hasilnya ada bberapa blogger yg bcakap ttg line yg lewat muncul pd alat UPT. Terus sy bdebar tp malas nk cek semula dlm tandas mmandangkn sy dh buang dlm tong sampah.

Lepas 3 jam berlalu, sy masuk dlm tandas bilik hotel kami utk mbuang air kecil. Tergerak hati nk cari semula alat UPT tadi. Dan terkejutnya sy sbb ada 2 LINE di situ!!tp masih kabur..subhanallah sy rs spt nk menangis sbb tergerak hati utk selongkar smula tong sampah. Kalau tidak mgkn sy akn terus mlumur losyen halia yg panas tu di perut. Dan err sebenarnya hampir seminggu sy sapu losyen halia tu sbb rs sakit senggugut yg mild. Bila buh losyen,sakit terus ilang!

Takdir tuhan, keesokan hari sy mjalani ujian IELTS dgn janin di dalam perut rupanya. Suami pun berdebar2 & nmpk mcm tkejut & x sangka yg sy boleh termengandung. Sampai di terengganu pegi klinik buat UPT pula di klinik, alhamdulillah positif hamil. 

Patutlah suami sy badannya lemah2, sakitnya tb2 datang menyerang. Dan sampai 3 bulan suami saya lemah, xboleh bangun dari katil kdg2. Nak bergerak pun sakit. Kadang2 sy tpaksa pegi kerja memandu sorang diri walhal sblum ni setiap hari suami antar & ambil. Dan mak ngn abah saya tolong tgk kan yusran spjg sy ke pejabat. risau diorg dgn keadaan suami sy smpi paksa bwk pg ke klinik wlupun suami sy xmahu. Cukup 3 bulan, sakit suami beransur ilang.pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah...oklah nk masak tgahari pulak.

Letak gambar budak yg menyebabkan walidnya alahan..





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah