Thursday 28 November 2013

Kerana rezeki itu milik Allah s.w.t...

Apabila saya memberitahu suami untuk sambung PhD di Jordan, suami menyokong kuat keputusan saya. Pergi ke KL utk ujian IELTS, pegi BTN utk kursus transformasi pelajar ke luar negara, semuanya dengan suami yg bersenggang mata drive dr Terengganu ke KL. Manisnya bila dikenang kembali. :). Tengah sarat mengandung 9 bulan sy hadiri juga kursus transformasi tu. Jadi kuat bila ada suami setia menunggu di rumah mak ciknya 5 hari 4 malam di Shah Alam. Untungnya bila suami bekerja sendiri. Tidak terikat dengan majikan. Jodoh terbaik dr Allah buat orang seperti saya yg perlukan suami sentiasa di sisi.

Kesudian suami utk ikut saya ke Jordan & meninggalkan sumber pendapatannya di Malaysia adalah sebuah pengorbanan yg besar utk dia & saya sendiri. Ramai yg bertanya, cukupkah belanja hidup di sini sedang suami tidak bekerja? Mampukah sy seorang menampung pbelanjaan keluarga di sini & hutang yg ada di malaysia? Suami x bekerjakah utk menampung sara hidup  di sini? Bagaimana bila pulang nnt, suami sukar memulakan bisnes komputernya krn lama ditinggalkan? Dan bermacam2 lagi soalan...

Saya tak nafikan saya juga risaukan perkara yg sama. Kadang2 risau kalau2 xcukup wang utk perbelanjaan harian di sini dgn kos hidup yg tinggi. Tapi keyakinan saya pada Allah pemberi rezeki itu adalah lebih BESAR.  Punca dan cara rezeki itu datang dgn cara berbeza. Rezeki yg Allah bagi kepada saya sendiri adalah juga rezeki suami. Sekiranya sy memperolehi pendapatan yg banyak jg selepas ini, adalah juga rezeki dari Allah untuk sy kongsi dgn suami. Mungkin Allah memberinya melalui saya. (Teringat kata-kata emak yg mrndorong saya berfikir seperti ini)

Rezeki Allah datang dlm pelbagai bentuk. Suami sendiri tidak pernah menyangka akan bermastautin di luar bumi Malaysia. Mendapat elaun pasangan setiap bulan kerana mengikut isteri belajar. Itu adalah rezekinya. Rezeki lubna juga merasa hidup di negara orang. Rezeki saya juga, di samping elaun belajar, gaji bulanan berjalan seperti biasa. Tolak elaun cola RM 250 sj. Jika saya kekal berjimat, tidak menyentuh duit gaji boleh menyimpan berpuluh ribu ringgit sehingga tamat belajar nanti. Kuncinya disiplin dlm berbelanja di sini harapnya.

Saya berpegang pada 1 kunci utama utk rasa tenang dengan kedudukan kewangan yg saya ada sekarang iaitu kurangkan bebanan hutang & banyakkan menyimpan. Suami menjual keretanya sebelum ke sini & saya jg menjual kereta saya pd adik lelaki. Yang tinggal ialah saya perlu mbayar pinjaman bulanan rumah dan yayasan terengganu jd sy tidak boleh menambah hutang lain.

Ketika di Malaysia, saya akn pastikan simpanan bulanan saya tidak diusik. Sekiranya saya hadkan pbelanjaan saya pd bulan tersebut harus tidak lebih dari RM500 sy pastikan diri mengikut had yg ditetapkan. Jika ingin bbelanja lebih sy akn tolak pula belanja pada bulan berikutnya.

Sebagai contoh:

Had belanja bulan Jun : RM500
Tiba2 nak guna lebih duit jadi sume sekali : RM700
Saya akn potong perbelanjaan bulan Julai menjadi : RM300 shj

Saya disiplinkan diri kecuali di saat kecemasan perlu bbelanja lebih dari had @ saya mempunyai lebihan simpanan duit jadi had belanja bulanan saya mungkin akan bertambah. 

Saya tak mahu bergantung sepenuhnya pd kewangan suami kerana saya tahu bisnes komputernya ada pasang surutnya. Saya hanya meminta suami memberi sekadar yg dia mampu. Jika dia ada lebihan duit sy akn pastikan dia mbayar hutang2 peribadinya. Bila dah duduk di Jordan ni, saya tak boleh memaksanya utk bkerja sbb saya perlukan dia utk menjg lubna. Mungkin bila kelas saya sudah habis nnt, suami boleh fikirkan cara menambah kewangan di sini. 

Ramai isteri yang mengeluh sbb terpaksa keluar belanja lebih utk keluarga bbanding suami. Sedangkan suami masing2 bkerja tetap, ada gaji bulanan. Saya juga sekali sekala pernah mengeluh perkara yg sama cuma bezanya suami sy tiada gaji bulanan yg tetap. Tapi bila saya terfikirkan kata-kata emak, kekayaan Saidatina Khadijah berbanding Nabi Muhammad yg prnh bekerja sbgi pengembala kambing, hati saya jadi sejuk kembali. Keredhaan Khadija pd hartanya utk suaminya Nabi Muhammad adalah kunci bahagia. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah