Wednesday 20 November 2013

Elaun biasiswa SLAI bagi pelajar PhD ke Jordan

Biasiswa SLAB-SLAI hanyalah utk warga pengajar universiti yang akan berkhidmat sebagai pensyarah sebaik menamatkan pengajian master/PhD masing2. Kadar elaun yang diterima adalah berbeza bg setiap negara yg kita pergi. Biasiswa ni tak dibuka kpd org awam. Jadi kn mohon jadi tutor dahulu di mn2 universiti dgn kelayakan ijazah @ menjadi pensyarah dgn kelayakan master, baru berpeluang mohon biasiswa ini & terus sambung belajar di bawah tajaan universiti tempat bekerja masing2 dan pihak KPT.

Cuma skrg sgt sukar utk memohon slab-slai dgn kelayakan ijazah sbgi tutor @ felo . Kebanyakan universiti hanya mahu mengambil warga pengajar yg sudah pun mempunyai master seterusnya menaja mereka utk ke peringkat Phd.

Bg yg dh jadi pensyarah tetapi masih belum ada PhD, sebaiknya sahkan jawatan dahulu sebelum sambung belajar. Ini bagi menjamin kedudukan kita dalam kerjaya dan jawatan pd masa akan datang. Alhamdulillah, sy telah disahkan jawatan pd tahun 2011 & sekarang sedang mlanjutkan pelajaran peringkat PhD di Jordan di bawah biasiswa SLAI dari KPT.

Sebenarnya ada 2 jenis elaun yang saya terima kerana sy membawa keluarga iaitu:
1) Elaun dari KPT (Elaun utk pegawai sambung belajar shj)
2) Elaun dari UniSZA (Elaun untuk pasangan dan anak)
3) Gaji bulanan penuh ( ni saya tambah.kih2. Gaji bulanan kita memang dapat penuh bjalan spt biasa)

Elaun dari KPT adalah untuk pegawai yang sambung belajar sahaja. Jumlahnya RM2760/sebulan. Melibatkan kos sara hidup & kos penginapan. Ada lagi elaun lain tp itu utk setahun @ sekali spnjang pngajian. Cuma agak menyedihkan pihak KPT tidak memberikan butiran details bg elaun yg diterima. Saya hanya terima sejumlah wang dlm bank tanpa sebarang makluman, tanpa bukti pembayaran serta butiran dr KPT. Ada emel dgn pegawainya beberapa kali tapi sampai sekarang xde respon. Bagusnya elaun dr KPT kita akn terima 2 minggu sebelum fly. Elaun ni diterima setiap 4 bulan sekali.

Elaun dari UniSZA pula melibatkan kos bantuan hidup utk keluarga shj. Termasuk jg elaun sewa rumah. Bagusnya UniSZA siap masukkan duit dlm bentuk JOD lagi. Elaun dr universiti diterima pada tarikh kita daftar masuk universiti iaitu bila dah sampai sini. Elaun ni diterima setiap 3 bulan sekali.

Ada jadual kadar elaun pembayaran biasiswa SLAB/SLAI bagi pengajian ke Jordan. Ini dia..



Bagi kadar elaun untuk ke negara lain boleh rujuk di mn2 web.hehe. Taip je kadar elaun pensyarah SLAI ke luar negara. Satu senarai panjang tentang kadar elaun dari setiap negara akan keluar.

Bagi yg berminat memohon universiti di sini, boleh baca step yg terdapat dlm gamabr ini:



4 comments:

  1. sallam, macam mana nak samubng belajar di peringkat Phd di Jordan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh mohon melalui EMJ (Education Malaysia Jordan) menerusi emel shj. Kalau nk sy boleh bg emel mereka utk kinanah hubungi dan bertanya lebih lanjut. Kita akan isi borang dan bg segala maklumat peribadi yg EMJ minta dan emel smula pd mereka utk EMJ panjangkan permohonan di mn2 uni di jordan yg kita pohon

      Delete
    2. Mohon saudari dpt kongsi step dan email EMj....jazakillah

      Delete
    3. Maaf lewat reply. stepnya ada di atas, sy baru letak dan tambah..

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...