Sunday 28 January 2018

Baru dapat gaji tapi...

Gaji bulan januari baru saja masuk tapi bayar itu ini akhirnya baki tinggal suku dari gaji penuh. Pegi kl tengah bulan baru ni banyak belanja. Nafsu membeli kadang-kadang membuak-buak. Kena kawal semula duit keluar masuk.

Kadang-kadang rasa duit laju habis sebab tak berkat. Kerja yang dilakukan tak setimpal dengan gaji yang diterima. Astaghfirullah. Kena lebih gigih berkhidmat. Jangan banyak mengeluh dan memberi lasan. Nasihat untuk diri yang selalu alpa.

Fasol ni dah bermula rasminya hari ini. Kelas saya esok jam 11-1pm. Alhamdulillah untuk sementara ni beban jam tak sebanyak sem lepas. Tapi tak taulah nanti tengah fasol berubah pula jadual sebab ada beberapa pensyarah yang akan menyambung pelajaran.

Lubna dah masuk PASTI. Lega bila dia dah mula suka bersekolah. Sebulan RM25 sahaja sampai jam 12.30. Bulan depan nak masukkan ke kekas iqra' akan jadi RM50 sebulan yurannya. Murah sangat alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Majlid buka puasa di Rusila

Sabtu baru ni menghadiri iftar jamaie di masjid Rusila. Ini antara rutin Ramadhan kami.. Gul...