Sunday 19 April 2020

Panas membahang dan video conference

Panas sangat-sangat cuaca di luar. Menjelang Ramadhan lagi beberapa hari pasti mencabar sesiapa sahaja yang terpaksa bekerja di luar sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Yang duduk di rumah pasti agak kebosanan kerana rutin harian memasak, makan dan mengemas akan menjadi terhad dan keletihan berpuasa akan bertambah lagi kalau ada anak-anak riang tak berpuasa yang perlu dilayan. Tapi bagi yang biasa bermalas-malasan masa Ramadhan kadang habis dengan tidur dan bermain game sepanjang hari.

Maka seperti amalan sedia maklum, kena banyakkan membaca al-quran dan ibadah lain lebih dari hari biasa sepanjang Ramadhan nanti. Memandangkan tidak bekerja walau pun istilah bekerja dari rumah diwar-warkan kepada semua penjawat awam😆 apa lagi yang boleh dibuat.

Cakap pasal kerja ni, sejak PKP dilaksanakan banyak mesyuarat dan bengkel diadakan secara online samada menggunakan zoom, google meet, webex dll, yang saya perasan lepas mesyuarat online ni kepala jadi berat dan sakit. Padahal mendengar lebih banyak dari bercakap. Umpama baru lepas bermesyuarat sepanjang hari penatnya. Interaksi walau boleh dua hala tapi kena mendengar dengan cermat dan tidak selancar perbincangan bersemuka. Sakit kepala.

Tadi pun lepas berwebex berkenaan penilaian OBE oleh COMEI UniSZA rasa lesu dan sangat membosankan. Mungkin sebab saya pun dah maklum tentang bentuk penilaian. Bidang pendidikan tak boleh lari dari topik penilaian. Tengok pulak beberapa staf lain dalam tu gegey sungguh. Orang nak dengar Prof cakap apa, sibuklah duk marah ke orang tak tutup mikrofon. Orang yang baru masuk bukannya perasan pun. Lebih sudu dari kuah.

Ringkasnya mesyuarat secara online ni sesuai sekali-sekala sahaja bila masa gawat seperti PKP sekarang semua tak boleh berkumpul. Tapi lepas keadaan pulih sedia kala, mesyuarat bersemuka tu patut diutamakan kerana lebih selesa untuk bertukar-tukar pendapat dan santai. Boleh secara atas talian tapi sekali sekala dan ketika kecemasan. Lagi-lagi kalau orang jenis camera dan video shy macam saya ni😆.




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...