Friday 8 July 2016

Syawal yang berlalu...





Sekitar hari raya di Terengganu dan Kelantan. Hari ni kami beraya di kelantan pula. Pegi kenduri saudara dan open house saudara terdekat sekitar Kota Bharu. Esok merancang untuk menziarahi rakan taulan suami tapi belum pasti di mana. Makan punya makan sampai sendat rasa perut. Tambah lagi dengan perut yang mungkin 'berisi'. Lepas raya inshaAllah mahu check up di klinik. Ada rezeki tidak ke mana.

Raya ni merupakan raya kali kedua kami balik sepanjang belajar di Jordan. Kali pertama balik tahun 2014 dan sekarang 2016 pula. Suasana raya tak banyak berubah. Yang pasti melihat mak dan abah semakin dimamah usia hati rasa sedih. Belum tahu adakah masih berpeluang bersama mereka lagi. Takut diuji kehilangan atau sakit terlantar berpanjangan adakah kuat iman kami menjaga mereka. Sentiasa berdoa kesihatan yang baik buat mak dan abah hingga akhir hayat mereka.

Mahu menulis macam-macam tapi badan sudah lesu. Baru saje pekena nasi arab suami tapau dari majlis alumni maahad muhammadi lepas isyak tadi. Sebu rasa perut. Hidung pula sumbat dengan hingus akibat selsema dan batuk. Raya kali ini badan saya letih dan tak bermaya. Berbeza dengan ketika hamil lubna dulu saya agak cergas walau kerap mengantuk. Yang pasti mengantuk tiba-tiba tu dah jadi trademark saya bila mula hamil. Harap tidak ada sebarang alahan yang berat. Mahu menghabiskan tesis tahun ini juga Ya Allah.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah