Saturday 9 July 2016

Genap 5 tahun kami berkahwin...Alhamdulillah

Dari dulu berhajat nak buat majlis kesyukuran sempena ulangtahun perkahwinan tapi sehingga sekarang masih belum terlaksana. Harapnya habis PhD nanti bila kembali bertugas, persiapkan kelengkapan rumah yang terbengkalai dapatlah menunaikan hajat. Kalau boleh nak buat macam majlis kawin dulu kata saya pada suami. Siap dengan kanopi dan katering sekali dengan pelamin. Kihkih. Betapa saya rindukan saya diijabkabulkan dulu. Rasa manis dan seperti baru dilahirkan.

Petang tadi saya beli sedikit KFC dan suami tambah beli sate baung. Tak berhajat pun nak buat sambutan sekadar makan-makan ringan bersama nenek dan mak cik suami. Sedapnye sate baung ya Allah. Cuma sekrang harganya sebatang dah mencecah 90sen. Mahal beno nasib baik besar.

Esok rancang ajak fatihah rakan uia dulu makan nasi arab mandy di umah nenek. Dah janji di Jordan lagi nak jamu dia nasi arab selepas membantu saya mendapatkan data untuk test text readibility di UMK tempat dia mengajar. Tak sabar pula nak bertemu berborak sakan.

Hari ni tak berjalan ke mana-mana pun. Rasa mengantuk saje petang tadi. Esok lepas menjamu tihah mungkin duduk di rumah saje memandangkan esok warga Kelantan sudah mula bekerja. Mahu siapkan khuttoh tadris untuk rabu ini. Mencabar betul bila nak praktikkan, atas kertas nampak mudah saja. Atau mungkin khuttoh tadris saya belum betul-betul detail?? Atau penggunaan buku menjadikan strategi yang diuji tidak praktikal?? Yang pasti strategi tafkir bi saotin alin agak susah dilaksanakan tambah lagi dengan jumlah pelajar seramai 30 orang mustahil untuk fokus kepada setiap orang. Tak taulah apa jadi dengan data saya nanti harap validlah. 

Lately malas nak ambil gambar. Jadi tak berapa ada gambar kenangan sepanjang beraya di Malaysia. Raya haji nanti harapnya lebih meriah memandangkan kelas pun dah habis dan ada masa nak piki tentang baju raya. Raya baru ni pun pakai baju yang lepas. Tudung saje yang baru sampai 5 helai. Kihkoh. Penat dengan bahang ramadhan, ditambah pening menyusun pengisian kelas, dan adik yang eksiden belum boleh berjalan menjadikan raya kami sangat sederhana. Masing-masing tak sempat nak piki baju raya. Mujur sempat piki tentang makanan. Itu mmg mustahil utk dilupakan.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah