Saturday 16 July 2016

Punca salah faham?

Kali ni balik Malaysia baru saya tahu ada segelintir sahabat, sedara yang salah faham tentang status saya sekarang. Antara salah faham:

  • Saya dah berenti kerja dari UniSZA. (Adoilah nak tergelak pun iyo. Macam kayo nak tanggung kos hidup negara orang dengan duit sendiri. Nak buat pinjaman pun xlarat kos setahun sahaja cecah puluh ribu belajar kat negara orang)
  • Saya pergi balik dari Jordan - Malaysia dengan elaun penerbangan macam cikgu-cikgi sabah sarawak dapat tiap tahun. (Saya ni pi belajar bukan pi kojo)
  • Saya belajar PhD ikut cuti macam student degree. Habis cuti semester masuk kelas semula. (Yang ni orang dah ada master pun tanyo, nak kono libas ko apo. Awak tak pernah menulis tesis ko? Klo dolu-dolu menulis tesis  dalam kelas? Orang xpernah belajar master xpelah jugak kalau salah faham, ni yang dh habis master buleh tanya cuti sem ke sekarang balik malaysia??Apo punya soalan)
Inilah tiga salah faham paling banyak yang dapat dikenalpasti. Kena banyak MEMBACA. Bila jarang membaca tak tahu perkembangan dunia lain. Ilmu tu bukan mencakupi bidang kita saje, ilmu itu mencakupi pengetahuan dalam bidang lain juga. Lepas membaca kena BERFIKIR pula. Buat PERBANDINGAN. Yang kita tahu tak semestinya botul. Bila tak tahu google ajelah ai tu pun nk diajar.

Ade satu lagi pantang botul budak-budak lepasan SPM duk main FB boleh kiro tiap minggu bukok kalau pun tak setiap hari. Dalam duk main tnet boleh pulok terlepas tarikh isi borang mohon kemasukan UPU. Pastu tanyo buleh lagi ko nak masuk UniSZA tempoh permohonan dah tamat. Ai menyirap darah tiba-tiba. Ada jugok dalam hari-hari update FB boleh pulok tak perasan tawaran-tawaran kerja. Bila dah habis belajar baru terkedek nak cari kerja. Orang lain 5 bulan sebelum tamat belajar dah book tarikh interview. Hmmm.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.