Saturday 21 November 2015

Tidak semua impian menjadi kenyataan

Tekad khamis baru ni untuk menyiapkan 20 halaman fasol dua tidak menjadi kenyataan. Sehingga hari ini hanya mampu menyiapkan 3 halaman sahaja! Fikir-fikir rasanya mampu menulis satu halaman sahaja satu hari. Itu lebih baik dari zerro, huhu. Ditambah dengan lubna pula tiba-tiba demam panas sejak malam khamis. Melarut ke jumaat sekejap kebah sekejap panas. Lepas masukkan ubat paracetamol revanin dalam buntutnya barulah kebah panasnya alhamdulillah. Xmampu rasanya melihat anak sakit berpanjangan apatah lagi jika diuji dengan sakit yang berat, والعياذ بالله.

Ok, adik perempuan saya yang baru kahwin baru ni dah pun berlepas ke UK jam 10 pagi tadi waktu Malaysia. Semoga selamat sampai ke destinasinya ameen ya Allah. Esok pula giliran emak, abah dan adik bongsu saya berlepas ke Jordan pula:). Semoga Allah mudahkan perjalanan mereka, dalam penerbangan dan sepanjang berada di sini serta ketika pulang nanti. Hanya Allah yang tahu betapa bimbangnya saya akan keselamatan ahli keluarga tersayang lagi-lagi kalau berada di atas sana tu hanya Allah yang dapat menjaga mereka.

Baiklah seperti biasa menu makanan harian kami di sini.

 Nasi mansaf kambing pemberian basma..!


Sangatlah sedap!

Bubur nasi, kurma ayam...


Maggi dan kimchi..


Makaroni goreng...


Nasi goreng pagi tadi...


Makan dgn kopok lekor (malaysia mari) & kimchi.

Sambung menulis semula. Tabiat saya tak boleh lama-lama mengadap buku atau menulis (tesis). Cepat rasa bosan. Teruk sungguh rasa.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah