Tuesday 17 November 2015

Urusan tolab muwafaqoh tajdid iqomah

Ada citer di sebaliknya. Petang semalam belek2 list senarai urusan tajdid iqomah utk keluarga. Tengok2 ada urusan EMJ yg perlu diselesaikan dulu sebelem ke wizarah dakhiliyyah. Ya Allah langsung xingat kena mohon pengesahan dr EMJ dulu baru boleh kemuka permohonan ke dakhiliyyah. Ya Allah geram betul mcm boleh langsung xingat. Hajat hari ni perlu ke dakhiliyyah shj tapi rupanya perlu ke EMJ dulu barulah ke dakhliyyah. Buka entry lepas di blog cari pasal pengesahan EMJ, maka terjumpalah entry bulan 10 tahun lepas yg kami ke EMJ utk mohon pengesahan sebelum ke dakhiliyyah, teruk betul, macam mana boleh x ingat??! Wkt tu pegi dgn k.kyn jg. Hmmm.

Redha sajelah. Jam 7.30 pagi kami keluar jalan sudah jem! Pusing kot syari' yajuz. Gitu gini kul 8.30 baru smpi EMJ. Urusan dgn mr.ziyad. Fotostat iqomah suami & anak sekali. Dlm list yg SELAMA bagi memang xtulis perlu fotostat iqomah suami & anak. Perlu dibaiki. Gitu gini dptlah surat pengesahan dr EMJ mengenai maklumat diri sy sbgi pegawai yg dihantar belajar oleh kjaan msia dgn gaji sekian2 serta permohonan utk merenew visa keluarga. Lupa pulak nk mik gambar suratnya. Jam 9 pagi selesai urusan maka teruslah ke dakhiliyyah. Alhamdulillah.

Sampai di dakhiliyyah sy masuk sorang sbb dh stat hujan renyai. Suami & anak tunggu dalam kereta. Minta borang tajdid iqomah 2 helai. Isi dgn sungguh2. Nasib baik bw liquid paper. Hampir2 tersalah isi maklumat bahagian المستدعي. Eh tengok borang baru ni tulis المستدعي/الكفيل haaa baru betul ada perkataan كفيل tu sekali klu tidak mmg confuse! Tahun lps sy siap salah isi. Bhgian tu sepatutnya maklumat ttg diri sy tp sy letak maklumat suami. Dhlah dua2 borang salah isi. Gigihlah amik borang semula selepas menunggu & dipanggil giliran di kaunter rupanya salah isi. Hua2. Jadi tahun ni belajar dr pengalaman tahun lps. Jgn buat silap. Tengok betul2 & bawa liquid paper...!

Seperkara lagi harga towabi' (cop setem) ialah JOD 10. JOD 5 utk satu permohonan. Bayar dulu cop setem di di kaunter khas lain baru dtg semula le kaunter mula2 tadi utk proses seterusnya. 1 disember nanti baru boleh dtg semula utk ambil surat muwafaqoh. Lepas tu baru boleh buat iqomah baru utk suami & anak di balai polis, tobarbour. Harapnya xdelah kena denda sebab dh lewat sebulan lebih huhu. Dan harapnya tahun lepas last tajdid iqomah sbb kami dh xsabar nk menetap di msia pulak. Hik2. Bila dipiki2 selepas berkahwin sy sempat duduk 2 tahun je di msia dgn suami. Lubna pulak sempat membesar 7 bulan saje di sana. 

Selesai semua dlm jam 10 pagi. Awal jg siap sbb sampai awal jg. Klu nk merebut dgn org ramai di dakhiliyyah silalah datang jam 10.30 pagi macam tahun lepas menunggu 23 orang baru smpi giliran. Macam2 jenis orang ada. Hari ni menunggu dlm 8 orang saje. Itupun skjp xlama alhamdulillah. Kaunter utk urusan iqomah sanawiyyah ni biasanya kaunter 27-28-29 shj.

Balik tobarbour lebih dekat dgn dakhiliyyah. Singgah di sameh mall sbb lubna asyik minta troli baby. Cari2 xjumpa, akhirnya beli plastesin ni. Ummi pun tumpang main sbb sy pun suka dgn tanah liat sejak dr kecik lg. Pantang tengok mainan yg berwarna warni mcm plastesin @ pensil warna, water color, crayon laaaaagi sy kemaruk. Hihi. Jod 5.500 (RM33++). 


Di bawah ni gmbr semalam. Suami bt kimci yg sedap..!


Masak tempoyak ayam, ikan pekasam, tauge goreng, kimci, nugget, budu!



JOD1 = RM 6.189. Merosot jatuh duit msia. Mula2 dtg dulu baru RM 4.50 utk sedinar. Sekarang ni mmg dalam proses berjimat cermat semula. Kecuali xdpt berjimat bila lubna minta mainan itu ini. Rs kesian sbb wkt kecik dulu pun jarang beli mainan utk dia. Baju2 pun ramai yg hadiahkan. Boleh kira dgn jari berapa helai je baju baru yg kami belikan. Hihi. Jadi skrg bila dah besar minta mainan sebolehnya cuba penuhi dgn syarat harga berpatutan dgn poket semasa.  Setiap kali sy kedekut nk beli itu ini tuk lubna, mak mesti akan ckp alah awak ni anak baru sorang pun berkira. Keh3 tergelak2  depan mak. Dalam hati a'ah betul jgk. Kih3. Nasiblah lubna dpt ummi kedekut taik idung masin. Kioh2.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah