Wednesday 25 November 2015

Mak abah & adik tiba di Jordan..!

Alhamdulillah baru berkesempatan mencatat sejarah baru dalam hidup. Impian nak bawa mak abah dtg jordan telah pun terlaksana. Sempat dengar abah cerita semalam, dulu tahun 1983 abah mak pegi buat haji & sy pun belum lahir lagi, ketika di mekah ada tawarah jaulah ke jordan menaiki bas dgn kadar sekian2. Tapi kerana bimbang xcukup duit pulang msia nanti maka mak abah batalkan hasrat utk ke jordan selesai dari haji. Tapi rupa2nya selepas 32 tahun Allah makbulkan keinginan dan akhirnya mereka sampai ke sini..! 

Subhanallah, lambat atau cepat ada rezeki masing2 telah Allah catatkan. Yg utama adalah niat, usaha & tawakkal serta sabar. 

Gamabr sepanjang 3 hari sudah mak abah dan adik berada di sini...







Setakat ini sempat berjalan2 sekitar tobarbour & ashabul kahfi shj. Mak sy pula xboleh nk duduk lama dlm kenderaan sbb mabuk perjalanan jauh masih belum reda. Nampaknya perlu makan ubat tahan mabuk yg kami beli di farmasi tempoh hari kalau hendak berjalan jauh ke laut mati.

Gulai kambing & nasi arab..


Sup kambing...abah makan cicah roti...


Sarapan pagi mak buat nasi goreng sempoi tanpa bawang...


Seronok masak & makan bersama ahli keluarga. Kambing pula kegemaran abah sy. Nmpknya kena beli banyak kambing supaya abah puas makan kambing di sini.

Ok, nak piki masak apa pulak tengahari ni. Pagi nk nk berjalan ke sameh mall berdekatan. Mak nak cari minyak zaitun bawa balik malaysia.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah