Friday 13 November 2015

Makan2 sempena hari kelahiran lubna

Hari ni kami ajak amni & midah makan2 sempena meraikan birthday lubna yg ke 3 tahun. Masak simple2 saje. Midah bawakan kek coklat & hadiah selipar utk lubna. Time kasih mak cik midah:)

Kek dua biji, keropok, mee goreng, buffalo chicken wing, lasagnia...sy goreng mee, kopok & hias kek saje. Yg lain sume suami buat hihi...


Buat kek carrot utk lubna. Bising dr mula buat kek cakap nk makan kek. Kih2...


Kek coklat dr midah...



Hajat nk panggil ramai lg tp xlarat nk masak banyak2. Kah3. Makan berenam ni pun dh cukup meriah & sonok. Eh lupa pulak mik gmbr dgn midah & amni.

Ok, dh 2 hari makan nasi minyak. Asalnya nk buat nasi minyak masa besday lubna tp sbb kempunan sgt nk mkn maka rabu & khamis sy masak nasi minyak berturut2 sampai naik muak...


Lubna dh cukup 3 tahun. Antara perkembangan yg boleh sy catatkan di sini ialah:

  1. Berat badan 14 kg.
  2. Sudah boleh kayuh basikal roda tiga.
  3. Sudah boleh menyusun ayat menggunakan 4 patah perkataan.
  4. Sudah faham arahan dan melaksanakan permintaan.
  5. Sudah pandai mengarah.
  6. Suka bergaya.
  7. Sudah pandai memanggil nama panggilan orang2 yg dikenali.
  8. Sudah pandai mewarna dalam garisan.
  9. Sudah pandai mengenal anggota badan.
  10. Sudah pandai melukis orang lidi.





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah