Thursday, 30 January 2025

Proses baiki cat rumah..

Siap suami cat pintu grill depan guna spray sahaja beli di shopee..


Cat bahagian tv tapi belum siap sepenuhnya.. 


Ruang tv atau keluarga.. Sinilah tempat kami selalu berkumpul.. 


Belajar sejak dari cuti sekolah. Sikit pun xpe asalkan belajar.. 


Anak teruna minta potong rambut ala askar. Mujur malam tadi xde orang di kedai barber. RM6 murah juga ye. Kemas juga. 

Halaa tengah mewarna..

Rumah kami berubah2 kedudukan perabot. Rasa tak senang duduk kalau kedudukan yang sama je. Sekurangnya memberi nafas baru pada penghuninya. 

Rumah kami sudah mencecah usia 13 tahun. Banyak yang sudah usang dan perlukan penyelenggaraan. 


Hantar Lubna ke Dungun...

Mak abah nak ke Melaka hantar adik ke KLIA umrah 3 Feb ini..


Pinjam kereta exora abang ipar di Dungun lebih besar untuk angkut barang2 dan cucu2 tiga orang termasuk Lubna. Kemain Ayeesha pujuk Lubna suruh ikut. 


Jam 11 pagi sampai rumah kakak dan lepas tu semua berlepas ke destinasi masing2. Kakak sekeluarga ke Kuantan, mak abah ke Melaka dan kami pulang semula ke Manir. Jam 5 petang mak abah semua sampai Melaka Alhamdulillah. Kami pula jem di Seberang Marang sebab pembinaan jambatan. 

Odw balik kami singgah kedai frozen di Kuala Dungun.. 

Singgah rumah nenek solat sekejap.. Halaa main2 pulak xnak keluar pagar ummi walid dah dalam kereta.. 


Macam biasa anak ketiga ni lain macam manja dan karenahnya.. Bikin panas ati kadang2.. Nak dukung.. 

Masak sambal udang sampai rumah tadi.. 

Wednesday, 29 January 2025

Rasa ingin travel...

Impian yang masih segar bugar ialah travel seluruh dunia dengan suami dan anak2 sekeluarga.. Dapat pergi dengan adik-beradik sekeluarga.. Mak abah..

Cek tiket flight hari2 di skyscanner.. 
Masak nasi arab mandy.. 


Bawa ke rumah mak sebab kakak pun ada.. 


Buat pizza lagi.. 

Kek butter..
Teramat sedap. Suami yang buatkan guna resepi baru ni. 

Sunday, 26 January 2025

Kelantan..

Kelantan..kenduri saudara.. Nikmatnya menu di sini.. Kerabu, gulai dll... 



Singgah hotel kakak sekeluarga duduk khalifa inn, Kota Bharu.. 

Mencuba nasi arab Abo Umar tepi jalan.. Kebetulan lalu berdua dengan suami lepas hantar makcik ke majid, kami singgah sekejap sebelum balik rumah.. 

Sedap!mandy ayam RM15.90..mandy kambing RM25.90.

Beli coklat dubai di restoran arab lain.. Sedap. Banyak ni RM25.. 

Wednesday, 22 January 2025

Nikmatnya cuti..

Nikmatnya Alhamdulillah.. Cuti sabatikal yang saya rasa setiap pekerja perlu ambil. Ada masa untuk diri sendiri mencapai apa yang ingin dicapai, masa untuk bertenang setelah huru hara, dan pendapatan bulanan berjalan seperti biasa. Alhamdulillah berkatilah ya Allah. 

Balik Kelantan lagi.. Melilau cari makanan di bandar KB. Nasi ulam cikgi penuh dengan pengunjung, nasi sup mat adib pun banyak dah habis menunya, akhirnya ke kedai sup perut air asam berdekatan rumah sepupu.. 



Last dah kali ni ke sini. Servis agak lambat dan mahal juga RM57 utk 3 set makanan dan air. Kebersihan pun diragui. NO MORE. Halaa pun sakit perut dan muntah lepas minum air sirap dan sate ikan di kedai. 

Ini kami bawa dari rumah untuk dimakan ramai2 di Kelate.. 




Kek butter kukus rupanya agak buruk tapi sedap! Ini resepinya.. 


Ambil di FB sahaja. Menjadi. 

Bilik kami setiap kali balik Kelantan.. 


Seadanya. Beginilah bila balik kampung. Asalkan ada bilik, tandas dan ekon pun sudah begitu bersyukur. 

Lupa nak update yang kami sedang memperbaiki cat dinding rumah. Ini kawasan ruang keluarga dicat dgn warna moonshadow jenama nippon matex 177 beli di shopee.. 7 liter RM45++.. 

Simple dimple. Nanti dah siap semua saya update. 



Saturday, 18 January 2025

Jamuan sekolah akhir tahun..

Buat cheesy wedges untuk kelas Alyan..



Makaroni carbonara untuk kelas Pasti Halaa.. 


Cikgu mesej tanya siapa yang buat sebab nak tempah. Sedap. Malu seposeng ummi😂. Janji nak buat percuma untuk cikgu2 nanti. 



Friday, 17 January 2025

Kelas renang lagi..


Belum mahir lagi. Masih takut2 nak berenang lebih jauh. Lubna lebih yakin, Alyan perlu lebih latihan.

Siap renang, kami ke chicken rice shop.. 


Majlis Anugerah Pasti Al-Huda hari ni di dewan sivik Buluh Gading.. 


Persembahan bidak 4 tahun.. 

Semua dapat hadiah takdelah yang menangis. Alhamdulillah, tahun depan 5 tahun pula. 

Tuesday, 14 January 2025

Allah menjamin rezeki anak2..

Percaya dan berimanlah bahawa rezeki setiap dari kita telah dicatat oleh Allah di luh mahfuz.


“22.  Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu (seperti yang tertulis di Luh Mahfuz).23.  Maka demi Tuhan langit dan bumi, Sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan”. Az-Zariyat: 22-23)

Rezeki anak2 kita semuanya sudah dicatat dan ditentukan oleh Allah.

Yang penting usaha dan anak2 ada ilmu agama...penuhi yang ini dahulu di zaman yang kian mencabar apa saja boleh berlaku. Lindungilah anak2 kami ya Allah dari maksiat dan kejahatan manusia. 

Tadi ke majlis ihtifal sekolah Alyan. Bertemu dan berborak dengan Midah. Tapi tak dapat berborak lama sebab sound mikrofon pengerusi kuat sungguh.. 


Dalam musolla majlisnya.. Selesa, boleh duduk di kerusi atau lantai.. 

Result Alyan jatuh menjunam.. Dari kedudukan ketiga (87%) pada peperiksaan pertengahan tahun kepada kedudukan 16 (80.91%)

Cuba lagi anakku. Ummi walid doakan yang terbaik buat anak2. Jika bukan sekarang, pada masa akan datang. Amiin ya Rabb. 

Saturday, 11 January 2025

Aktiviti hujung minggu di awal tahun 2025..

Kelas renang lagi..

Lubna merajuk tak nak renang. Tapi akhirnya turun juga. Ummi dah bayar tak boleh sesuka hati tak turun. 

Pakat dengan suami sementara anak berenang kami cuba breakfast buffet di sumai Hotel. RM19.90 harga dewasa. Yang sedap mee sup tapi tak ambil gambar. Yang lain biasa saje. Ada kueteow goreng, roti canai. Rasa kurang berbaloi sebab mungkin menu biasa saje kot.. 

Ini saya masak guna perencah adabi sup sedap sungguh..buat stylr kedai masakan panas makan dgn nasi putih dan telur dadar.. 

Rabu baru ni pegi ofis dah lama tak berborak dan keluar makan dgn syikin.. Makan di kedai sup biasa kami pergi.. Tapi rasa kurang pulak kali ni..

Ok, ini aktiviti hari ni seharian masak.. Pizza! Malam tadi buat xcukup jadi buat lagi.. Kos kasar RM70 dan boleh dapat 7 biji pizza. Puas hati.. 



Suami buat usus air asam sedapnyaaa.. 
Petang saya buat sagi gula melaka kegemaran anak2 lagi2 lubna.. 


Rebus pisang muda untuk masak lemak esok.. 

Semangat bab masak ni. Suka tengok ahli keluarga makan. 

Alhamdulillah.