Sunday, 22 February 2026

Ramadhan 2026

Alhamdulillah Khamis baru ni Ramadhan pertama buat tahun ini. Tapi saya uzur jadi semalam baru dapat berpuasa.

Menu iftar kami ada masak dan beli.. 

Iftar hari ke 4

Iftar hari ke 2..

Iftar hari pertama.. 

Iftar di rumah mak hari ke 3...
Hari ni menu simple juga. Yang pasti menu makanan lauk belum ada sepanjang iftar. Tekak rasa nak makan ayam je minggu ni.


Monday, 16 February 2026

Kelantan Februari 2026

Singgah di uncle Dak tapau patin tempoyak 3 ketul, murtabak 3 keping, lemak lala 2 bungkus, kerabu perut 1 bungkus, colek cucu udang. Total semua RM110. Patin jerantut xde pula. Harga patin biasa RM11 seketul dan murtabak mabus RM17 sekeping. 

Singgah di nasi kak chik total (RM45+6) 
Pasar siti Khadijah.. 

Total habis di sini RM40+7.

Singgab di pasar berek 12 dan habis RM14 di sini beli sambal belacan fevret dan sedikit ulam.

Singgah beli air nira dan tebu RM26. 

Singgah makan di mok lah ikan bakar di pantai senok total RM73.. 

Balik Kelantan ni macam2 rasa nak beli.. Mana yang yang tak semoat nak makan kami bungkus sahaja untuk dibawa balik Terengganu. 



Sunday, 15 February 2026

Hantar adik balik UK

Khamis petang bertolak ke Sepang dalam jam 3.30 dan sampai di homestay yang ditempah adik jam 12 malam. Tertinggal barang dan patah balik serta singgah rumah mak maka jam 4.30 officially bertolak dari Terengganu. Singgah solat asar di rumah kakak di Dungun.

Homestay di Saujana KLIA dekat dengan KLIA dalam 15 minit. Hotel yang kami duduk tahun lepas transit sebelum ke UK juga berdekatan rupanya. Rindu nak travel lagi.

Ramai yang menghantar termasuk keluarga belah suami adik. Alhamdulillah dah selamat sampai UK semalam. 

Senyum panjang dapar makan.. 


Dua pinggan dah RM35 di food garden KLIA. Anak2 sedap memilih ummi yang berdebar nak membayar. 

Makan pagi di IKEA. Tersilap percaturan sebab awal sampai jadi hanyabada menu breakfast... 

Singgah di rumah sepupu suami di Shah Alam.. 

Makan di homestay.. 

Ok, sekarang odw balik kelate balik hari je. Teringin makan patin tempoyak uncle dak. 

Monday, 9 February 2026

Sambut birthday Aqis dan abah Februari 2026

Tahun ni saya berhajat sambut birthday masing2 dengan kek. Takde kek takde seri..tahun ni semua kek biar pun kecil. Sambut di rumah mak.. 



Tengok xforce baru keluar..RM120k ultimate variant.. 

Makan nasi ayam gepuk bik nab pagi tadi dgn suami. 



Lama dah xbeli family box RM35.. 

Beli di Manir baru ni. Pakcik tu bagi RM60 untuk 3 bekas! Black thorn dan ioi. Sedap! 

Wednesday, 4 February 2026

Audit pematuhan MQA 2026

Antara rutin kerja pensyarah ialah persediaan untuk di audit...

Sesi lepas interview bersama staf akademik. Saya antara yang terpilih. Seronok juga berborak santai sambil meluah rasa. 

Seronok jadi pensyarah sebab masa yang flexible walaupun kerjanya multitask. Dalam satu masa kn buat banyak benda mencapah2. Tapi itulah cabarannya. Alhamdulillah atas takdir dan rezeki Allah ini. 

Ini kisah malam tadi mak dan ayah mertua adik Balqis datang dan bermalam di rumah mak.. 

Saya buat nasi mandy yg dimasak di rumah dan bawa ke rumah emak. Penat juga balik dari kerja jam 4 dan terus memasak sehingga maghrib. Lepas maghrib terus bertolak ke rumah mak yg memakan masa 30 minit perjalanan.


Monday, 2 February 2026

Dari unifi ke maxis

Start bulan ini dalam 26 Januari kami tukar kepada maxis. Lebih murah RM80 sebulan. Dan beli telefon baru kerana yang lama rosak dan tak berfungsi dari awal guna unifi (teruk betul unifi).

Beli chicken tender duo.. Sedap dan murah RM8 dapat 3 ketul dan fries serta dua sos. Cuma dfac lebih sedap rempahnya. 
Makan di Firdausy celup tepung petang Sabtu baru ni.. 

RM125. Saje tukar angin bawak mak dan adik ke sini. Tapi ramai orang sebab cuti hujung minggu.

Minggu ini ada audit pematuhan MQA. Tapi tak rasa sibuk sebab ahli biasa bukan induk. Seronok bila tak pegang jawatan. Tak rasa berat kepala seperti pegangn jawatan KPP dulu.