Sunday, 31 August 2025

Wakil rakyat

Situasi di Indonesia membawa satu mesej iaitu pemimpin/wakil rakyat perlu sentiasa beringat dan diingat, bahawa gaji dan elaun mereka dibayar untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Tidak kiralah dari parti mana pun. Rakyat tidak perlu merasa taasub atau berlebihan menyanjung mereka kerana mereka juga manusia biasa cuma diberi sedikit kelebihan dari sudut harta, pangkat dan populariti. Sanjungan berlebihan sering menjadikan manusia lupa daratan. 

Sampai masa kita undi mana yang lebih sedikit mudaratnya. Rakyat tidak akan mati tanpa wakil rakyat tetapi mereka akan jatuh tanpa rakyat. 

Rasulullah s.a.w masuk ke dalam suatu majlis, baginda akan duduk bersama-sama dengan orang-orang miskin. Baginda tidak sombong dan bermegah dengan kedudukan dan pangkat. Baginda s.a.w adalah seorang manusia yang sangat tawadhu' dan rendah diri. Walhal Baginda adalah seorang pemimpin negara. 

Lihat majlis sekarang, wakil rakyat ditempatkan di meja khas vvip. Tidak kira dari parti mana pun sama sahaja. Makanan lebih istimewa bersama layanan khas. 

Kalau pemimpin itu sedar bahawa dia bukanlah sesiapa melainkan khalifah Allah juga, dia akan duduk bersama orang biasa atau mengajak orang biasa duduk makan bersama.

Ya, masih ada pemimpin yang tawadu'. Dia akan tawaf melihat tetamu majlis dan melihat makanan yang dihidangkan kepada orang biasa sambil beramah mesra. Pemimpin yang senang mendekati rakyat pada bila-bila masa, bukan ketika pilihan raya sahaja. 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك