Tuesday, 19 August 2025

Ada perkara kadang tidak tercerita..

Banyak perkara nak catat di blog tapi tidak tercatat. Semua untuk kenangan akan datang. Seperti kenangan di Jordan dulu bila rindu boleh dibaca di dalam blog.

Anak sulung ada mukhayyam tarbawi di sekolah 3 hari 2 malam. Kena paksa senyum.. 

Ummi dah mula rindu lubna walaupun baru pagi tadi lubna mula mukhayyam. Halaa pun rindu. Rasa macam ganjil pula bila lubna x balik rumah seperti kebiasaan.

Macam manalah perasaan ibu Zara. Pasti remuk dan hancur. 

Alyan mengaji mukasurat 26. Semangat sikit dapat Quran baru. 

Besar nanti ummi mesti rindu umur begini walau hari2 ummi memetir di rumah pasti sudah dilupa nakalnya. 

Rutin di rumah makan bersama.. 

Halaa si bongsu yang menguji sabar. Ok, esok mahu masak nasi maqlubah untuk rakan. Harap larat dan rajin. Jari pulak tiba2 gatal mcm eczema. Risau pula melarat

Dalam kepala banyak rancangan. Nak buat tembok pagar, nak eli ekon baru bilik Alyan, nak pasang awning garaj. Gaji naik, keperluan pun naik. 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك