Friday, 30 January 2026

Berkumpul di rumah mak dan cerita2

Memandangkan adik dari UK pun balik Malaysia sempena majlis tunang adik dan kempunan nak makan makanan Malaysia (mengandung 4 bulan), maka semalam kami pun balik tidur di rumah emak.

Aktiviti wajib iala acara makan. Saya bawa nasi mandy ayam dan kambing... 

Waffle kopi nissang... 

Briswalking di masjid Terapung... 


Singgah di pasar pagi permint.. Rambang mata adik membeli.. 
Selit pasal keputusan geran SOTL yang mendebarkan. Alhamdulillah direzekikan dapat geran ini. Rasa nam menangis.. 
Berita baik untuk tahun ini. Cuma rasa gusar artikel geran sebelum ini belum capai kpi scopus. 

Sy dah berniat jika berjayabteebit dua buku dan satu artikel scopus nak jamu seekor kambing. Dua buku berjaya terbit tahun lepas tapi artikel masih belum. 

Ini sempena majlis persaraan Dr Kamariah yg memilih pencen 55 Khamis baru ni. Nasi dagang atas tol. Gambar xcantik pula. Cancel letak. 

Pizza dieyta pun lama tak beli sedap betul..
Makan dengan kin baru ni juga di kedai sup kegemaran tapi sup campur x berapa jadi sebab byk tulang ayam ganggu kunyahan.. 
Jaga exam Selasa baru ni tapi student seorang saja sebab pelajar ni last batch untuk subjek ni dan dia masuk lewat sebab tukar program.. 
Ini cerita masa hari pertunangan adik lelaki, adik balqis pun balik dari UK dan kami kirim coklat kegemaran beli di Aldi ... Rindunya uk.. 

Duduk di homestay apartment yang adik tempah 2 unit.. 

Sarapan pagi sebelum ke majlis dan check out.. 

Makan petang sebelumnya adik ipar dari Melaka masak sambal keli, asam pedas telurnikan, ayam kicap, dan adik ipar sorang lagi dari Johor masak puyuh sambal petai..uish sedap belaka.. 

Dorsett hotel Putrajaya, bengkel PSU 2026, Adik lelaki bertunang

Lamanya nak boleh ke update di sini. 

Bengkel PSU FBK 2026 selama dua hari.. 


Apa paling best di Dorsett? Kami dapat menikmati menu special Ramadhan preview yang berlangsung pada hari kedua di sini. Rezeki sungguh anak2 pun dapat turun ganti bahagian staf lain yang keluar ke tempat lain sebab masa lapang yang agak panjang dan tak sangka ada preview menu.. 









Ya Allah banyak betul menunya. 

Sebelum check out.. 

Majlis pertunangan adik lelaki keenam firdaus pada 25/1/2026 di Gombak.. 




Alhamdulillah. Gembira. 

Tunggu tarikh nikah. 

Untul ke kl ni siap tukar tayar dan servis 60k km. Kos RM1900. 

Sunday, 18 January 2026

Demam lagi..

Sejak Khamis malam tiba2 sakit belakang, kepala, rahang dan telinga. Malamnya terus demam dan sakit urat. Makan panadol untuk 2 hari dan kebah. Tapi malam tadi sakit dada dan tekak perit semula. Tak tahan makan Panadol lagi jam 5 pagi dan kebah. Anak sulung pun sudah berjangkit. 

Sekarang di klinik sihat sokmo menunggu doktor panggil. 

Penat bila demam lambat sembuh. Dulu 3 hari akan sembuh tapi sekarang berhari2 untuk sembuh. Kenapa ye. Mungkin faktor umur?

Pagi ni lepas suami hantar saya ke unisza, dia akan bawa expander ke kedai tayar untuk tukar semha tayar kereta yang sudah haus. Sudah 3 tahun setengah guna sejak beli dan ini kali pertama tukar. Kos RM898.

Monday, 12 January 2026

Masak apa tu?

Menu hari ini..

Teringin makan seperti di Rembayung tapi mustahil sebab jauh dan rasa tak padan dengan harga. Buat sendiri pun xapelah. Seadanya.

Menu sebelum ini.. 

Anak2 ke sekolah hari ini.. 
Esok servis expander jam 9am untuk 60k kilometer. Estimated cost RM1.1k. Huhu.

Tayar expander RM898 empat biji order di shopee. Isnin depan pasang di kedai. 


Friday, 9 January 2026

MashaAllah Kelantan darul makanan murah

Murah memang murah jika dibanding dengan Terengganu. Sini daging sekilo RM24 boleh dapat tapi di ganu RM28-30.

Nasi kak cik.. Sedap betul nasi berlauk ikan.. 
Aneka kuih muih juga.. 


Singgah lagi di kedai uncle dak beli patin Kelantan pula..etak dan murtabak tebal yg super sedap.. 
Bungkus semua supaya dapat singgaj banyak tempat.

Ini petang tadi pergi beli tongmo mentah, pasar kg cina beli pulut ayam dan yong taufu sumbat yg betul2 sedap dan lain dari biasa makan..

Ini gambar semalam di rumah sepupu suami.. Ralit baby Asiah tengok abang Alyan.. 

Ini suasana ringkas akad nikah sepupu belah suami namanya Najian dengan suami muallaf dari Shanghai tapi dah lama menetap di Singapura.. 


Kenduri keesokan harinya..