Thursday, 8 January 2026

Balik Kelantan.. uncle dak dan nasi kerabu pucuk pite k. Aziemah

Balik kali ini kerana ada kenduri belah sepupu suami. Jadi rancang balik lebih awal supaya boleh makan2 tempat yang lama dah nak pegi. Lalu lalang di fb kedai uncle dak, nasi kerabu pucuk pite yong taufu waniey.. 

Memang sedap patin jerantut. Tak sangka betul2 sedap dan pedas manis kuahnya. RM64 untuk lauk patin jerantut RM21, pais patin RM10, masak lemak etak RM6, nasi putih 4 bungkus RM8, murtabak mabud RM17 yang super tebal dan sedap. 

Sedap betul! RM31 untuk 3 bungkus nasi kerabu berlauk dan 1 bungkus kosong.

Ini yongtaufu beli di pasar lundang. Ya Allah kenapa sedap juga ye... 

RM27. Kuah pedasss dan manis di hujung. Specialnya ada ikan sumbat pada sayur. 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك