Sunday, 31 August 2025

Wakil rakyat

Situasi di Indonesia membawa satu mesej iaitu pemimpin/wakil rakyat perlu sentiasa beringat dan diingat, bahawa gaji dan elaun mereka dibayar untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Tidak kiralah dari parti mana pun. Rakyat tidak perlu merasa taasub atau berlebihan menyanjung mereka kerana mereka juga manusia biasa cuma diberi sedikit kelebihan dari sudut harta, pangkat dan populariti. Sanjungan berlebihan sering menjadikan manusia lupa daratan. 

Sampai masa kita undi mana yang lebih sedikit mudaratnya. Rakyat tidak akan mati tanpa wakil rakyat tetapi mereka akan jatuh tanpa rakyat. 

Rasulullah s.a.w masuk ke dalam suatu majlis, baginda akan duduk bersama-sama dengan orang-orang miskin. Baginda tidak sombong dan bermegah dengan kedudukan dan pangkat. Baginda s.a.w adalah seorang manusia yang sangat tawadhu' dan rendah diri. Walhal Baginda adalah seorang pemimpin negara. 

Lihat majlis sekarang, wakil rakyat ditempatkan di meja khas vvip. Tidak kira dari parti mana pun sama sahaja. Makanan lebih istimewa bersama layanan khas. 

Kalau pemimpin itu sedar bahawa dia bukanlah sesiapa melainkan khalifah Allah juga, dia akan duduk bersama orang biasa atau mengajak orang biasa duduk makan bersama.

Ya, masih ada pemimpin yang tawadu'. Dia akan tawaf melihat tetamu majlis dan melihat makanan yang dihidangkan kepada orang biasa sambil beramah mesra. Pemimpin yang senang mendekati rakyat pada bila-bila masa, bukan ketika pilihan raya sahaja. 


Friday, 29 August 2025

Rehlah mengejut..

Bersama Syikin, K.Zan dan Ijal serta keluarga masing2. Rasa gembira dapat ruang yang lapang dan teduh untuk rehlah mengejut..




Saya bawa karipap dan masak spagetti.. 



Masak jam 6.15 lepas solat subuh. Jam 7.45 kuar dari rumah. 

Syikin bawa nasi dagang tepi sungai atas tol yang memang sedap..dan akskrim malaysia.. 



K. Zan bawa nasi lemak homemade sambal sotong dan udang..MashaAllah banyak betul K. Zan masak..sedap pulak tu.. 

Ijal bawa nasi dagang dan nasi lemak, kuih dan keropok.. banyak betul makanan.. 

Alhamdulillah. Yang dirancang tidak jadi. Yang tidak dirancang pula jadi. Sepatutnya hari ini ada Family Day pusat pengajian tapi dicancel last minit. 

Tuesday, 26 August 2025

Simulasi PdP sempena AAU

Antara cerita kerjaya..

 
Gugup gelisah semua ada. 

Anak bongsu nak beli air di mesin.. ikut walid ambil ummi balik kerja..

Asam pedas masak dua hari lepas.. 

Saturday, 23 August 2025

Cerita minggu ini..

Alhamdulillah berjaya buat lagi nasi maqlubah untuk k. Zan yang tak sempat makan dan Syikin yang bercuti bersalin..

Kali ni sedap di tekak saya. Terliut pula. 

Makan di kedai sup berdekatan unisza.. 

Sedap makan panas2. Mi sup special RM7 sahaja. 

Kemas dapur semalam... 

Belum dapat dapur idaman. Seada
anya sahaja. 

Ini majlis special makan2 untuk Midah ditaja oleh Yana di Sumai hotel.. 




Set oriental untuk 6-8 orang makan. Ikan tu kemain besar. Sedap. Ini semua kenalan merangkap adik2 ketika di Jordan dulu. Rindunya kenangan lama. 



Tuesday, 19 August 2025

Ada perkara kadang tidak tercerita..

Banyak perkara nak catat di blog tapi tidak tercatat. Semua untuk kenangan akan datang. Seperti kenangan di Jordan dulu bila rindu boleh dibaca di dalam blog.

Anak sulung ada mukhayyam tarbawi di sekolah 3 hari 2 malam. Kena paksa senyum.. 

Ummi dah mula rindu lubna walaupun baru pagi tadi lubna mula mukhayyam. Halaa pun rindu. Rasa macam ganjil pula bila lubna x balik rumah seperti kebiasaan.

Macam manalah perasaan ibu Zara. Pasti remuk dan hancur. 

Alyan mengaji mukasurat 26. Semangat sikit dapat Quran baru. 

Besar nanti ummi mesti rindu umur begini walau hari2 ummi memetir di rumah pasti sudah dilupa nakalnya. 

Rutin di rumah makan bersama.. 

Halaa si bongsu yang menguji sabar. Ok, esok mahu masak nasi maqlubah untuk rakan. Harap larat dan rajin. Jari pulak tiba2 gatal mcm eczema. Risau pula melarat

Dalam kepala banyak rancangan. Nak buat tembok pagar, nak eli ekon baru bilik Alyan, nak pasang awning garaj. Gaji naik, keperluan pun naik. 


Friday, 15 August 2025

Ummi suami datang Terengganu

Jumpa ummi di homestay di Gong Badak...

Comel homestay siap ada kolam.

Beberapa kali beli Dfac chicken fingers.. Sedap!

Halaa di Pasti.. 

Makan dengan Syikin minggu lepas.. 
Kes Zara Qairina masih belum selesai. Masih berduka lara dengan kes Palestin, digemparkan pula dengan kes buli Zara. Rasa sedih. Bila dengar rakaman suaranya dengan ibunya mengalir air mata. 

Sunday, 10 August 2025

Sanah helwah Halaa yang ke 5 tahun..

Ulangtahun kelahiran Halaa yang ke lima tahun, sambut di rumah nenek. Ummi aja sekeluarga pun ada odw dari Kelate nak balik ke Dungun..

Ummi sayang Halaa. Walaupun Halaa kuat tantrum. Anak ummi yang ini sangat unik. Ummi diakan Halaa menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat. Amiiin. Maafkan ummi hari2 marah dan menjerit pada Halaa. Jangan diikut perangai ummi yang tidak sabar dan buruk ya. 

Ini pula Alyan balik bawa sijil dan hadiah tumbler sempena hari kebersihan n sekolah jadi pelajar mithali.. 

Semoga anak2 kita semua menjadi hamba Allah yang berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. 

Saturday, 9 August 2025

Kenduri Kelantan, kendara Terengganu..

Kenduri adik suami (adik beradik 1 bapa) di Sg Keladi..jam 11.50 kami sampai dan jam 1 kami bergegas pulang ke Terengganu untuk hadir kenduri kawan pula.. 

Sedapnyaa dan meriah. 

Kenduri aqiqah anak Hamidah dan Amni pula. Sampai di Terengganu jam 4.10petang..

Makan laksa penang yang sedap dan nasi putih serta gulai kambing.

Kenduri di Kelantan saya tempah talam seri muka dengan kawan lama di UIA dulu, Kak Nik.. Rindu dan masih kelakar orangnya..


Kak Nik bagi free kek pisang.. Sedap dan lembut..


Balik Kelantan nak order lagi. 

Friday, 8 August 2025

Kelantan.. kenduri adik suami

Antara misi balik Kelantan ialah singgah di beberapa kedai makan.

Kedai Rara Zabidin di Jerteh menjual manisan Thailand.. Habis RM38. Sagu yapsai sedappp.. 

Warung pokku, Besut.. Habis RM53 di sini.. Kurang sedap. Jauh beza dengan di warung dekat UniSZA.. 



D'apple Kota Bharu..

RM43.50 di sini. Tender chicken regular sedap!

Bermalam di hotel w cemerlang untuk satu malam RM90. Usang dan kotor tandasnya.. Aduilah..

Makan pagi sebelum ke kenduri..nasi berlauk gulai ayam beli di pasar Kubang Pasu. Nasi dagang dah habis memandangkan kami sampai pun kam 9.30am..