Wednesday, 12 January 2022

Mesyuarat, jamuan dan potluck

3 in 1...

U.Fauzi belanja nasi Arab sempena tamat Phd.. 



Jabatan tempah rendang pulut kti... 


Saya bawa samosa dan cucur badak, syikin bawa air teh dan kuih, k. Zan bawa kek untuk u. Fauzi. 

Alhamdulillah. Meriah dah macam hari raya. 

Saturday, 8 January 2022

Bibik saya...


Topup bibik-bibik saya... 


Dalam sebulan wajib topup barangan seperti. Ini dh suku digunakan. Biasanya ada lebih banyak stok sampai xtau nak letak di mana.

Memandangkan xde maid nk tolong cuci rumah jadi di sinilah sy spend lebih duit. Senang bila tumpah terus lap buang. Lagi bila nak cepat dan kepenatan serta mood agak buruk. 

Sumai Hotel dan lain2

Semalam rasa teringin nak makan steak macam di me'nate. Jadi teringat menu Western di Sumai makan ke sanalah kami anak beranak.

Sampai di parking Sumai masa nak turun anak no 2 kata selipar xde. Aduilah memang kena marah dengan ummi dan walid. Tertinggal di garaj kereta masa naik kereta rasanya masa ni. Keluar parking semula dan cari kedai yang buka pada hari Jumaat maka terjumpalah pasarayaku berdekatan yang xberapa dekat. Macam2 kan anak2 ni. Menguji kesabaran.

Tak ramai orang dalam jam 4 petang masa ni. Ada sambutan birthday juga tapi nampak macam suram je sambutannya. 

Order rib eyes (RM42) , Nasi goreng kerabu (RM20+-) , nasi goreng sumai (RM22+-) , pasta carbonara (RM20+-) dan fries (RM12), jus epal 1 (RM12) dan air sejuk 4 gelas. Total RM138 +-. Rasa 3 bintang dari 5. Me'nate lebih sedap sos dan perapan daging. Pasta pun rasa sangat lemak dan rich. 

Ok, sambut besday adik bongsu di rumah emak..


Dah besar adik saya dulu berdukung sy kelek ke sana ke mari. 

Makan di ofis dgn kti sebelum perbincangan tentang akp pensyarah... 


Mee kari marry brown. Kurang pada saya rasanya... 



Saturday, 1 January 2022

Me'nate Kota Bharu


Khamis baru ni plan adhoc ke Kelantan bersama mak abah. Keluarga kakak memang dh bermalam sehari sebelum. Jadi duduk homestay Ummie Padang Bongor. Dua malam RM450 dapat sikit diskaun. Jimat belanja penginapan walaupun sy xsuka duduk homestay (sebab tak rasa suasana bercuti) tapi bila dah ramai2 nak berkumpul homestay lebih jimat.

Ok, pagi dijemput sarapan oleh kawan emak makcik Ubaidah. Makan nasi kerabu tumis dan laksa putih. Sedapnya..


Suasana di luar rumah tuan rumah... 


Me'nate.. Bawak abah yang teringin makan kat sini lepas tengok MB Kelantan rasmikan pembukaannya baru ni... 





Beli dua set A (RM500/satu set). Dapat diskaun 20% jadilah RM848 termasuk tax. Bayar kongsi adik beradik. Portion besar dan banyak. Puas hati cuma lama jugaklah menunggu nak boleh ke sampai semua menu. 







Monday, 27 December 2021

Kenduri aqiqah rakan suami

Rakan suami jemput ke kenduri akikah anaknya di Besut berdekatan tanah yang kami beli.

Lauk pauk nilah yang paling dirindui... 


Rasa macam nak lompat tengok lauk pauk kampung. Lamanya tak makan sejak pkp susah nak makan lauk kenduri. 



Makan di bawah wakaf tuan rumah. Tenang saje. 

Selepas makan menjenguk tanah yang dah lama tak terjenguk. Jauh nak masuk jalan belum proper... 


Minggu lepas bermula dari Selasa lepas saya ambil cuti sehingga hari ini. Plan asal nak ke Kedah tapi tak jadi sebab bimbang cuaca tak menentu. Kemudian plan ke Melaka dan Johor tapi ditunda ke minggu ini pula..semoga ada rezeki sampai di sana minggu ini. 



Wednesday, 22 December 2021

Penghujung 2021

Sudah sampai penghujung 2021.

Cepatnya masa berlalu. 

Anak2 semua menjadi kenangan. 

Ummi harap besar nanti anak2 dapat baca blog ini sebagai kenangan.

Tanda ummi pernah hadir dalam hidup kalian. Andai ummi atau walid pergi dulu.

Pantai penarik makan seafood celup free tepung. Kedai takde duit kecik kenangan pahit singgah di sini.. 😒



Masak nasi beriani dan kirim sebekas untuk kawan lubna..


Lauk tunjuk di kedai... 


Sedapnye aiskrim ala2 bubble Bee ni beli odw ke kelate...


Rasa seronok balik Kelantan setelah sekian lama tak balik. Banyak kedai makan baru memanggil2 tepi jalan. 


Projek makeover rumah masih berjalan.. Buat sikit2.. Beli waterproof tape utk Sinki... 


Di rumah nenek masa adik no. 6 balik setelah sekian lama pkp di KL... 








Sunday, 12 December 2021

Awning ACP

Siap juga...

Cuma sedih sikit sebab warna putih yg diminta tp silver yang diberi. Hmmm. Malas nak panjang cerita redha sahajalah. 

Kos: RM5510 + RM322, RM81 (salur hujan) 

Total reno:
Dalam dan konkrit RM7800
Batu Gajah RM3710
Acp RM5903
Lain2 RM1000++ (Piping RM380, buang sampah RM280, sink RM400 dll)

Hampir Rm18k habis untuk reno rumah tahun ni. Kena bertenang dan kumpul duit smula untuk next projek. 


Monday, 6 December 2021

Anak-anak

Sejak menjadi ibu beranak tiga, saya betul2 menjadi harimau. Ngauman suara pasti menjadi mimpi ngeri buat yang mendengar terutama sekali jiran huhu.

Penat lawan sabar tapi akhirnya kecundang jua. Terutamanya dengan anak teruna nombor dua ni selalu menguji kesabaran ummi walid. 

Alyan dan dua pupunya di Kelantan... 

Sihat kan anak teruna kami ni. Berat sekarang mencecah 24kg huhu. Ummi nak kena control selera anak jantan kesayangan ummi walid ni. Masa kecilnya ya Allah dah bambam comel hari2 ummi cium. 

Anak ketiga pulak halus kecil sj orangnya tapi lincah dan berani sungguh. Ini kegemarannya bermain air... 


Anak-anak yang ummi sayang semoga membesar menjadi anak dan hamba Allah yang soleh dan solehah amiin. Menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. Ya 



Puasa ganti...

Dah ganti puasa selama dua hari alhamdulillah. Orang lain dah selesai la saya baru nak stat ganti huhu. Menu buka puasa hari ini rasa rajin nak masak..asam pedas ikan pari sekali dengan kuali...

Ini menu bila tah tak ingat beli udang harimau di pxr RM35.90 sekilo besar saiznya. Masak 6 ekor saja dulu... 

Tinggal 5 hari lagi puasa yang perlu diganti. Yakin boleh InshaAllah! 

Minggu ni rasa lebih relax sebab cuti pertengahan semester selama seminggu. Rasa lapang dan tenang. Minggu lepas banyak bermain perasaan dan menguji kesabaran. Macam2 urusan kerja yang nak cerita pun rasa xbes kat sini. Hihi. 



Friday, 3 December 2021

Tetamu 2021

Dah lama rasanya tetamu tak datang rumah sejak Covid melanda dunia.

Kakak sekeluarga... 



Sepupu suami sekeluarga. Gambar anak2 untuk kenangan. Dah besar boleh lihat semula... 


Buah tangan dari tetamu... 





Thursday, 2 December 2021

Nasi dagang atas tol

Cawangan ketiga berdekatan giant bandar. Beratur panjang juga orang. Jutawan dah kedai ni rasanya. Beli bungkus bawak rumah mak untuk 12 orang makan...


Puas hati. Sebungkus RM5. Setakat ni kalau nak makan banyak atau ramai saya suka bungkus sekaligus semua. 

Inilah makanan wajib cari kalau orang luar datang Terengganu. Tapi ada lagi yang sedap juga. Kena pandai cari dan cuba. Di belakang UniSZA pun ada. Sedap sangat.

Dine in di NR cafe

Rasa dah lama tak makan di sini...




Wajib beli kalau datang sini... 


Lepas hawa stress. Lepas cabut gigi selera makan membuak kembali kepada asal. Baru berangan tuk kurus. 

Nampaknya tugas kpp walau menyesakkan dada, kepala dan perasaan tapi masih belum mampu menguruskan badan. 




Tuesday, 30 November 2021

Catatan belanja

Kos bulan ini

Angkut bahan buangan reno rumah RM280 - 1 lori 1 jengkaut 2 kali trip

Servis kereta RM594 - Rasanya tahun ni, jumlah kos servis kereta paling tinggi berbanding tahun yang lepas. Rasa macam lepas Covid ni pusat servis pau betul2 customer. Mujur tahun depan cukup 5 tahun tak perlu sudah ke pusat servis semata-mata nak secure jaminan. 

Paip salur hujan RM322 +