Sampai satu tahap, benda suka jadi benci. Benda benci jadi suka.
Sekarang sedang membenci beberapa sikap individu. Benci ni tak datang adhoc tapi berlakunya rentetan dari peristiwa demi peristiwa. Adegan demi adegan. Susah nak benci orang, tapi sekali dah benci dengar nama pun boleh panas hati.
Kalau diikut tak perlu layan, tapi bila kerap sangat rasa eh ini sudah lebih.
Kerana iman yang masih ada dalam hati ni, menahan dari mulut jadi jahat. Sampai satu tahap dari suka jadi benci. Benci yang dulunya dibendung dan ditahan. Ingatkan boleh pulih dan dirawat dengan cara kebaikan. Tapi rupanya ehhh makin membesar kepala rupanya. Ingat kamu sorang je boleh tunjuk bongkak? Orang lain pun boleh tunjuk bongkak. Orang bongkak hanya boleh diajar dengan bongkak.
Bila dah benci dengan sikap seseorang, takde jalan lain melainkan memutuskan semua perkaitan selagi boleh. Tapi bukan memutuskan silaturrahim tapi tidak menjalinkan apa-apa hubungan maknawi dengan sengaja. Bercakap bila ditanya, sebab diam dengan orang begini lebih baik. Lagi banyak bicara, lagi bercambah benci.
Ahlan wa sahlan! Ini adalah blog peribadi saya dan keluarga sepanjang berada di Amman, Jordan. Semoga bermanfaat untuk semua!
Wednesday, 7 August 2019
Monday, 5 August 2019
Bateri kereta kong
Setelah 2 tahun 3 bulan, bateri kereta vios kami pun kong. Alhamdulillah kereta tak dapat nak start di rumah masa nak hantar lubna ke sekolah. Jadinya buntu juga mula-mula sebab mak dan abah pun masih di UK.
Akhirnya suami telefon rakannya yang bekerja sendiri. Mujurlah orang bekerja sendiri tak tertakluk kepada masa pejabat. Boleh keluar masuk bila-bila masa.
Siap jumper kami pun ke bengkel cina atas nasihat kenalan yang punya bengkel kereta. Katanya kedai cina ada alat untuk tukar bateri baru tanpa mematikan enjin. Itu lebih baik bagi kereta yang kematian bateri semasa mula2 start enjin. RM210 cajnya. Lebih murah dari pusat toyota service RM290.
Jadi masa suami hidupkan bateri kereta dgn rakannya, saya bertukang kat dapur. Keh3. Nasi maqlubah selepas menggelabah kereta tak hidup...

Tak cukup, makan malam masak lagi naisi maqlubah. Hik3...
Makan di kedai pozi catering semalam...sedap
Nasi arab mudah dan kaki kambing stew dan kuskus...
Ok, kami dalam perancangan nak tambah rumah bahagian dapur. InshaAllah kalau xde aral lepas raya haji ni mula. Kos dalam RM 34k. Over bajet sikit. Hua34.
Takpelah asalkan selesa anak beranak. Rumah sekarang xde tempat laundry, stor dan ruang mainan. InshaAllah lepas tambah nanti lega sikit.
Friday, 2 August 2019
Rusila
Semalam bawa anak-anak ke kuliah di Rusila. Hampar tikar sambil menikmati makanan yang dibeli dan nasi minyak sempena makan sambil menderma.
Alhamdulillah terisi juga masa anak-anak dengan aktviti ringkas macam ni.
Petangnya saya masak dengan kakak. Macam-macam perkara kami bualkan. Mau 5 jam juga berborak dari dalam bilik sampai ke dapur😂
Ini hasilnya. Pompuan kalau berborak tangan mesti gerak juga. Kalau tak kebuluran semua. 😆
Monday, 29 July 2019
Mengiringi mak abah dan adik2 di KLIA
Baru-baru ni mak abah dan adik2 fly ke UK untuk menemani adik yang bakal bersalin di sana sambil bercuti.
Rasa rindu nak pergi ke sana juga.
Tahun 2016 saya, suami dan lubna pernah ke UK dari Jordan. Tu pun tak lama selama 7 hari sahaja. Masa tulah sempat stop over di Turki. 2 in 1 hehe.
Bawa bekal frozen dan panaskan. Masak nasi sahaja...
Rasa rindu nak pergi ke sana juga.
Tahun 2016 saya, suami dan lubna pernah ke UK dari Jordan. Tu pun tak lama selama 7 hari sahaja. Masa tulah sempat stop over di Turki. 2 in 1 hehe.
Menginap di tamarind suare apartment. Rm120/malam. Menarik sebab ada mall di aras bawah. Macam bandar pulak rasa bila turun di bawah. Penuh kedai makan dan tempat berlibur.
Bawa bekal frozen dan panaskan. Masak nasi sahaja...
Beli di village grocery...
Wednesday, 10 July 2019
Tukar tayar kereta
Empat biji tayar ditukar baru
Jenis michelin RM846 untuk empat biji. Buat di servis centre toyota
Harga lebih murah berbanding kedai tapi kena menunggu hampir tiga jam😂.
Lasak kami guna kereta ni memadangkan ini sahaj kereta yang kami ada
Jumlah km dah capai 70k km lebih. Padahal baru guna dua tahun lebih sikit. Hihihi

Sunday, 30 June 2019
Jamuan raya untuk sahabat terdekat 2019
Sempena raya dan hari kelahiran saya berpakat dengan suami untuk menjamu rakan terdekat dan ahli keluarga. Belah pagi dari jam 10.30-12.30 untuk rakan2. Lepas jumaat untuk keluarga pula.
Kami masak nasi mandy ayam, pulut kuning rendang daging dan tempah laksa penang dan kek.
Nasi basmathi 3kg
Ayam 5 ekor
Laksa 40 orang
Pulut 1kg
Daging 1.5kg
Air teh o sejuk
Kek
Sekitar majlis...
Tetamu lelaki...
Potong kek secret recipe dengan umar anak saudara yang besdaynya jatuh pada sehari sebelum saya...
Kek dari sahabat-sahabat...:)
Saturday, 22 June 2019
Catatan Syawal 2019
Alyan dah 2 tahun 3 bulan beratnya cecah 14.5kg.
Lubna 7 tahun berat 17kg.
Alamak beratnya Alyan. Dah nak sama berat dengan kakak.
Raya baru ni di Terengganu dulu. Hari kedua balik Kelantan. Agak jem jalan perjalanan makan masa 4 jam. Itu pun dah lalu jalan alternatif kampung.

Monday, 15 April 2019
Grand river view hotel dan cerita-ceritu
Banyak nak cerita tapi tengok gambar dulu ye...
RM218 untuk malam. Seronok dan berbaloi. Free breakfast.
Kenduri di Kelantan junior ketika di Jordan.
Lazat!
Potluck sesama rakan sekerja..
Makan malam di kengsom di KB. 10 bintang!
Majlis makan malam batch 8 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab...
Geng ustajah-ustajah...
Masakan rumah. Warna-warni
Gambar lagi banyak dari kata-kata. 😆
Tuesday, 2 April 2019
Beban tugas
Kalau dapat disenaraikan sekarang bebanan tugas yang perlu dipikul dan kadang terasa berat dan menyesakkan:
Mengajar, urustadbir kursus mengajar
Menyelaras siswazah
Penyeliaan ijazah & siswazah
Menulis artikel
Mengetuai geran penyelidikan
Ahli geran penyelidikan
Ajk-ajk peringkat jabatan dan fakulti
Mentor mentee
Ketua buku bertema
Panel penulis buku pdp
Keluarga sendiri
Pelajaran pendidikan anak-anak
Keluarga mak ayah adik-beradik
Keluarga belah suami
Rumahtangga
Diri sendiri
Nampak macam sikit tapi beban tugas yang ada membantutkan kreativiti dalam pengajaran. Rasa bersalah pada pelajar kerana tidak dapat memberi yang terbaik. Bersyarah sekadar melepaskan batuk di tangga. Walhal dulu saya tak suka dengan pensyarah yang membosankan. Sekarang saya pula membosankan pelajar. Dan saya sendiri bosan dengan cara saya. Perlukan perubahan inshaAllah bantulah ya Allah.
Antara idea yang boleh dilakukan:
Youtube pengajaran
Quizziz.com
Youtube pengucapan awam

Sunday, 24 March 2019
CERITA PANAS
Bulan ni ada beberapa cerita panas yang menambah bara dalam hati.
1. Tragedi di Chrischurh.
2. Tabung Haji.
3. DAP
Rasa kecewa terkilan geram benci. Semua bercampur baur.
1. Tragedi di Chrischurh.
2. Tabung Haji.
3. DAP
Rasa kecewa terkilan geram benci. Semua bercampur baur.
Sunday, 17 March 2019
Best studio guest house KB
Oklah harga satu malam RM125. Ada dapur kecil dan katil besar dua biji.
Ajak mak abah datang sekali sempena karnival ipt di KB.
Gambar dalam bilik...
Tempah dua bilik untuk dua malam. Seronok😀.
Ajak mak abah datang sekali sempena karnival ipt di KB.
Gambar dalam bilik...
Tempah dua bilik untuk dua malam. Seronok😀.
Alyan genap dua tahun
Pejam celik dah dua tahun anak teruna saya...
Beli kek dan nasi dagang kak ah di batu burok yang sangat sedap.
Sambut di rumah nenek. Ringkas saja. Untuk makan sendiri sama-sama.
Beli kek dan nasi dagang kak ah di batu burok yang sangat sedap.
Sambut di rumah nenek. Ringkas saja. Untuk makan sendiri sama-sama.
Saturday, 2 March 2019
Masak-masak
Masak mana yang berkenan di tekak. Alhamdulillah nikmat Allah beri boleh makan selepas sakit demam minggu lepas.
Sunday, 24 February 2019
Bersih kemas
Masa saya kecil rumah mak abah takdelah kemas dan bersih sangat. Adik beradik tujuh orang main siang malam macam tongkang pecah dah rumah kata mak.
Tapi semakin saya membesar semakin saya sukakan sifat kemas sedap mata memandang. Sehinggalah sekarang bila dah ada anak dua, rasa semakin kuat tekanan sebab sepahan anak-anak selalu jadi cabaran kesabaran.
Sekarang masih mampu mengemas, kadang terfikir bila dah tua nanti dah tak larat atau sakit siapa yang nak diharapkan mengemas. Anak-anak mesti dah keluar mengikut haluan masing-masing. Nak harapkan suami, iso kebersihan dia tak sama dengan saya. Kui2.
Entahlah. Kena ambil mudah nampaknya. Bila semakin tua rumah perlu semakin lapang. Hanya barang penting saja yang tinggal. Senang kalau nak mengemas bila tak berapa larat.
Macam mana orang lain ye. Ada yang macam ok je walau rumah bersepah sebab anak-anak. Memang salute dengan orang begini. Tak stress mengemas hari-hari. Tinggi sungguh kesabaran. Nak try ikut. Biarlah asal anak bahagia bermain.
Taapiiii mainan sepah takpe, jangan makanan yang tumpaaaah. Haha.
Subscribe to:
Posts (Atom)