Saturday, 30 November 2019

Pizza hut volcano

Semalam keluar cari beberapa barang dan tiba-tiba teringin makan pizza hut.

Jadi singgah di pizza hut dataran austin dan order yang tak pernah rasa, pizza volcano...


Rasa roti sedap gebu chewy. Tapi tak pedas macam volcano pun😂. Keju banyak, kepingan ayam sikit. Boleh try buat di rumah nanti. Semua sekali RM62, ada pizza, ayam bakar 4 ketul kecil, mushroom soup 2, air 3, aiskrim 2. Rasanya sejak balik dari Jordan tahun 2017, ini baru kali kedua makan pizza hut.

Ini pula pasta goreng masak untuk makan petang di rumah. Bukan pizza hut punya tau..🤣


Tv kat rumah kami ni kerap berpindah randah, sekejap di ruang makan, sekejap di bilik anak, sekejap di bilik utama. Bergaduh adik-beradik duk depan laptop...


Bila anak berebut gini tengok jelah. Dalam hati siapppp lepas ni kalu ada yang menangis.

Thursday, 28 November 2019

Tips dari Jack Ma

Perkongsian.

Nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk orang muda dari Jack Ma:

Before 20 : Be a good student

20 - 30 : Be a good follower to a good boss, a good boss teaches you differently.

30 - 40 : Work for yourself.

40 - 50 : Focus on thing u are good at.

50 - 60 : Work for the young people, because young people can do better than you, rely on them, invest on them, make sure they are good.

60 : Spend time on yourself.


Rasanya belum terlambat untuk Work for yourself pada umur 35 tahun ni😂.

Nasi tomato dan tempoyak udang beberapa hari lepas...

O

Sup tulang hari ni teringin sungguh...


Beberapa hari ni saya masak lebih supaya boleh makan esok harinya juga. Alhamdulillah ada kerajinan untuk memasak dan puas hati tak perlu beli. Ada lebih saya akan bawa ke rumah mak. Seronok masak ni. Hilang stress.

Sunday, 17 November 2019

Saturday, 16 November 2019

Hotel perdana lagi...

Kali kedua menginap di sini. Rasanya puas dah duduk sini. Breakfast kurang sedap berbanding kali pertama datang.😂

Bilik macam biasa, katil empuk tapi sarung bantal spare agak berbau, minta tukar😂.

RM230 satu malam. Katil twin mengadap pool...


Sambut hari lahir Lubna di bilik hotel...


Mandi kolam...


Sarapan nasi dagang, mee dll...



Ikan bakar tawar. Ini paling terbaik dan puas hati...


Lubna sambut besday di sekolah



Saturday, 2 November 2019

Lubna periksa akhir tahun

Hari ni Lubna gigih nak belajar sebab esok nak periksa😂.

"Ummi, Lubna nak belajar nanti esok Lubna tak tahu nak jawab, orang lain dah siap Lubna tak siap lagi sebab Lubna yak tahu..." katanya tadi. 

Haha ini namanya sudah sedar diri dan sudah sedikit matang. Alhamdulillah. Ummi dulu besar Lubna ni bila masa periksanya pun ummi tak tahu🤣. Sedar-sedar muallimah bagi repot kad😆. 

Belajar b.Arab lagi. Lebih mudah dari tauhid & feqah yang diajar dalam b.Arab. Ummi pun buntu macam mana nak mengajar...


Makan malam sekejap sebelum sambung belajar...


Dialah cikgu, dialah anak murid. Ummi.nak suruh dia jawab, boleh pulak dia buat soalan, ummi kena jawab😂..xprlah ini pun salah stau strategi pdp. Ummi pun buatlah salah-salah jawab. Terkekek-kekek ketawa ye...


Sepetangan kemas dapur hari ni...


Pandangan dari pintu masuk amatlah tidak cantik sebab nampak sinki dan tong sampah...hmmm...








Thursday, 31 October 2019

Ruang makan berubah wajah

Ubah kedudukan meja dan ruang penyimpanan mainan anak-anak. Komputer suami masuk dalam bilik. 

Selagi tak tambah ruang ginilah duk main alih-alih. Kontraktor yang janji nak buat senyap takde kabar berita. Malas nak bertanya dah. Mungkir janji.

Ruang makan merangkap ruang keluarga...


Hari-hari beginilah...


Tv dan komputer duk dalam bilik lubna sebab ada aircond. Tinggal bilik kain dan bilik stor. Kalau tetamu datang alamat tidur ruang tamu jawabnya😂.

Jadi tetamu tak digalakkan bermalam di rumah ini selagi rumah belum renovate.😂 

Beli microwave baru

Sampai dah microwave kami beli di shoppe. Jenama samsung 28L microwave grill steam. Tiga fungsi dengan harga RM529.


Kemas ofis setelah sekian lama...



Wednesday, 23 October 2019

Whiteboard...

Beli papan putih RM19 khas untuk sesi pdp dengan anak-anak.

Rasa dah lama abaikan pembelajaran lubna. Membaca pun banyak belajar dari Pasti tahun lepas. Alhamdulillah sekarang dah lancar membaca dan menulis BM.


Jemput guru SMA Khairiah untuk menyaksikan latihan debat dalam kelas...


Kari kepala ikan bawah jambatan pasrit tinggi, telemong. RM18 sebekas memang sedap! Santai D'River nama kedai..


Masak-masak...


Masak megi goreng malam ni makan dalam dulang menggamit kenangan di Jordan...


Friday, 27 September 2019

Macam-macam

Banyak sangat cerita sampai tak tercerita.😂

Jomlah tengok dulu..

Rutin kebiasaan kalau balik rumah mak, masak & makan...


 Seminar PBAAT 2019


Beli laminate floor RM120/10 keping untuk 24 sqft. Kos semua RM1080 untuk ruang makan...
 
Di rumah emak...
 
Masak nasi mandy untuk adik bakal pulang ke UIA...

Sunday, 11 August 2019

Korban kambing 2019

Alhamdulillah!

Allahuakbar!

Berjaya juga misi korban tahun ni. Asalnya ragu-ragu nak buat ke tidak korbannya memandangkan duit nk kena simpan untuk renovation rumah tak lama lagi. Hajatnya tak mahu buat loan. Guna simpanan yang ada di samping gaji bulanan.

Tapi lepas berborak dengan k.ti rakan sepejabat yang saban tahun buat korban tak pernah miss, rasanya rugi kalau saya tak ambil peluang buat korban juga tahun ini. Ye duit nampak susut tapi rasa puas hati hanya Allah yang tahu bila berjaya laksanakan sebuah pengorbanan kerana Allah.

Dalam hati rasa khuatir andai misi menyimpan 2k sebulan untuk renovasi rumah akan tersasar. Tapi itulah namanya eidul adha, hari perayaan pengorbanan. Duit yang paling kita sayang itulah yang terbaik untuk dikorbankan. InshaAllah harapnya misi masih boleh dijayakan dengan sempurna. Cuma perlu lebih gigih ikat nafsu sebelum tiba hari gaji😂.

Jadi kerana korban tahun ni adhoc, suami tolong tanyakan dengan saudara di Kelantan. Alhamdulillah ada sedara yang ternak dan tahu sembelih kambing. Beberapa hari sebelum raya pertama, kami booking seekor kambing untuk dikorbankan.

Harga RM650. Besar juga dari kambing korban tahun lepas...


Ahad petang raya pertama dalam jam 3.25 ia disembelihkan. Alhamdulillah.

Masak nasi maqlubah untuk keluarga suami di Kelantan...


Masak dengan kakak jumaat baru ni. Kakak dan keluarganya singgah ke rumah...







Wednesday, 7 August 2019

Sampai satu tahap...

Sampai satu tahap, benda suka jadi benci. Benda benci jadi suka.

Sekarang sedang membenci beberapa sikap individu. Benci ni tak datang adhoc tapi berlakunya rentetan dari peristiwa demi peristiwa. Adegan demi adegan. Susah nak benci orang, tapi sekali dah benci dengar nama pun boleh panas hati.

Kalau diikut tak perlu layan, tapi bila kerap sangat rasa eh ini sudah lebih.

Kerana iman yang masih ada dalam hati ni, menahan dari mulut jadi jahat. Sampai satu tahap dari suka jadi benci. Benci yang dulunya dibendung dan ditahan. Ingatkan boleh pulih dan dirawat dengan cara kebaikan. Tapi rupanya ehhh makin membesar kepala rupanya. Ingat kamu sorang je boleh tunjuk bongkak? Orang lain pun boleh tunjuk bongkak. Orang bongkak hanya boleh diajar dengan bongkak.

Bila dah benci dengan sikap seseorang, takde jalan lain melainkan memutuskan semua perkaitan selagi boleh. Tapi bukan memutuskan silaturrahim tapi tidak menjalinkan apa-apa hubungan maknawi dengan sengaja. Bercakap bila ditanya, sebab diam dengan orang begini lebih baik. Lagi banyak bicara, lagi bercambah benci.






Monday, 5 August 2019

Bateri kereta kong

Setelah 2 tahun 3 bulan, bateri kereta vios kami pun kong. Alhamdulillah kereta tak dapat nak start di rumah masa nak hantar lubna ke sekolah.  Jadinya buntu juga mula-mula sebab mak dan abah pun masih di UK.

Akhirnya suami telefon rakannya yang bekerja sendiri. Mujurlah orang bekerja sendiri tak tertakluk kepada masa pejabat. Boleh keluar masuk bila-bila masa.

Siap jumper kami pun ke bengkel cina atas nasihat kenalan yang punya bengkel kereta. Katanya kedai cina ada alat untuk tukar bateri baru tanpa mematikan enjin. Itu lebih baik bagi kereta yang kematian bateri semasa mula2 start enjin. RM210 cajnya. Lebih murah dari pusat toyota service RM290.

Jadi masa suami hidupkan bateri kereta dgn rakannya, saya bertukang kat dapur. Keh3. Nasi maqlubah selepas menggelabah kereta tak hidup...


Tak cukup, makan malam masak lagi naisi maqlubah. Hik3...


Makan di kedai pozi catering semalam...sedap


Nasi arab mudah dan kaki kambing stew dan kuskus...


Ok, kami dalam perancangan nak tambah rumah bahagian dapur. InshaAllah kalau xde aral lepas raya haji ni mula. Kos dalam RM 34k. Over bajet sikit. Hua34.

Takpelah asalkan selesa anak beranak. Rumah sekarang xde tempat laundry, stor dan ruang mainan. InshaAllah lepas tambah nanti lega sikit.


Friday, 2 August 2019

Rusila

Semalam bawa anak-anak ke kuliah di Rusila.  Hampar tikar sambil menikmati makanan yang dibeli dan nasi minyak sempena makan sambil menderma.


Alhamdulillah terisi juga masa anak-anak dengan aktviti ringkas macam ni. 

Petangnya saya masak dengan kakak. Macam-macam perkara kami bualkan. Mau 5 jam juga berborak dari dalam bilik sampai ke dapur😂

Ini hasilnya. Pompuan kalau berborak tangan mesti gerak juga. Kalau tak kebuluran semua. 😆


Monday, 29 July 2019

Apa citer?

Futur dan 'asya' kegemaran kami...

 Durian ni beli di kawasan berdekatan rumah. 8 biji RM50😀


Mengiringi mak abah dan adik2 di KLIA

Baru-baru ni mak abah dan adik2 fly ke UK untuk menemani adik yang bakal bersalin di sana sambil bercuti.

Rasa rindu nak pergi ke sana juga.
 Tahun 2016 saya, suami dan lubna pernah ke UK dari Jordan. Tu pun tak lama selama 7 hari sahaja. Masa tulah sempat stop over di Turki. 2 in 1 hehe.


Menginap di tamarind suare apartment. Rm120/malam. Menarik sebab ada mall di aras bawah. Macam bandar pulak rasa bila turun di bawah. Penuh kedai makan dan tempat berlibur.



Bawa bekal frozen dan panaskan. Masak nasi sahaja...


Beli di village grocery...