Sunday, 29 August 2021

Printer epson L3110 dan microfon baru

Alhamdulillah semalam dua hari lepas order hari ni dah sampai. Asal nak cari dakwat untuk printer wireless tapi memandangkan dakwatnya naik harga macam tak. berbaloi akhirnya beli printer baru. Kelakar sungguh.



Epson L3110 harga RM650. Semoga bermanfaat untuk kami semua. 

Beli microfon juga dengan rakan suami yang membekalkan condenser mic untuk ustaz2 yang ceramah online. Semalam dipos hari ni sampai alhamdulillah.. 


RM160 + RM10 (Shipping). 

Dalam mengeluh boros akhirnya saya beli juga. Sebab rasa penat menahan kesabaran bila peralatan komputer dan gajet tidak berfungsi sebaiknya. 

Belum tengah bulan gaji pun dah tinggal suku. ya Allah. 

Workstation yang berubah lagi... 



Wednesday, 25 August 2021

Stress beberapa hari ini...

Semalam melepaskan semua kekesalan dan tekanan emosi pada pada suami. Beberapa hari kami berdingin kerana urusan rumahtangga, anak dan kerja. Lega setelah meluahkan. Bersyukur suami memahami. Dia pun rasa lega agaknya lepas beberapa hari saya dingin saje. 😂. Mula2 suami agak terkejut dan nak marah sebab tiba2 saya tinggikan suara. Tapi dia nampak saya menangis2, terus duduk sebelah saya dan tak jadi marah. Tangan menggosok dan memegang lengan saya, mendengar keluhan demi keluhan. Cuba meredakan kecamuk dan tangisan saya yg sangat buruk. Merespon soalan yang terlintas dalam benak kepala yang saya luahkn tanpa tapisan. Terima kasih abang. Sampai bila2 awa ingat jasa abang ini, selain dari air milo ais abang yang sangat sedap. 

Kesian suami melayan emosi isteri yang macam2. Betullah perempuan sangat complicated kalau banding dengan lelaki. Bersyukurlah kalau dapat lelaki yang baik dan dapat memahami. Saya sayang suami kerana Allah. 

Oklah macam biasa menu bila rasa rajin... 



Kemas pejabat sebab perlu pindah ke blok baru sebelum 10/9 nanti... 


Banyak betul barang di ofis. Buku2 dan kertas2. Anak2 tolong mengangkat sekali. Alhamdulillah.

Halaa dah semakin lasak. Suka menggigit masa menyusu. Gigi dah 4 batang dan tambah lagi 3. Dah pandai ikut dan tiru perlakuan dan bunyi. Perangai sama macam kakak masa kecil. Cengil tapi halus. Suara nyaring dan kuku tajam. Haha.  Halaa 1 tahun 1 bulan... 


Semoga menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang taat pada perintahNya. 

Eh ada lagi gambar makanan. Sambal tumis tempoyak petai feveret saya dan anak2. Sekarang wajib ada dalam peti. Mujur tempoyak banyak. Sambal merah gesek pula beli dengan kenalan kakak di sini. RM15 400gm. Caj hantar RM3...


Perbelanjaan bulan ini besar lagi dari baki gaji. Mengeluh sebab rasa boros. Tapi kalau tak beli nanti menyusahkan kehidupan. Duit simpanan ada tapi saya tak akan sentuh. Akibat bergantung pada baki gaji bulanan rasa sesak jugalah. Nak beli macam2 perkara tapi baki gaji menyedihkan. Mungkin juga sebab dalam kepala dah ada simpanan lain jadi rasa sedap betul nak berbelanja sekarang. Hmm macam mana ni. 

Ada lagi menu... 

Sekali sehari kami akan beli makanan luar dan topup dengan makanan sedia ada... 



Monday, 23 August 2021

Lamanya tak menulis di Blog

Macam-macam sampai tak sempat nak menulis di sini. Tunjuk gambar dulu...

Beli kolam lebih besar supaya anak2 tak kacau ummi buat keja😂. RM167 di shopee... 

Beli kerusi di shopee jg. RM149. Tapi kos shipping hampir RM40... 

Tadah air takut keputusan kerana banyak daerah sini terjejas kerana paip pecah lagi... 


Lontong kering Johor dapur bondaku RM10 sebekas...


Susah nak menulis banyak gangguan anak2. 

Menu bila rajin... 

Bila tak rajin nak masak tapau saje... 


Tisu basah dari shopee. Memudahkan kerja ummi... 


Perbelanjaan di shopee memang sangat merungsingkan. Sebulan lebih 1K habis untuk online shopping. Sedih. Tapi terpaksa juga sebab musim covid kena elak dari membeli belah di pasaraya. Di sini pun kes makin naik. Bimbang. Allahulmustaan. 

Kerja sekolah anak. 2 minggu ni langsung tak cara kerja sekolah anak. Rasa kecewa dengan diri sendiri. Kesian pada anak banyak ketinggalan. 


 Bulan depan akan memikul jawatan lagi. Rasa sedih dan terganggu emosi. Last jawatan tahun 2019 sebagai penyelaras siswazah. Kali ini lebih berat tugasnya. Allahulmustaan. Saya tidak kuat. 








Monday, 9 August 2021

Happy birthday Halaa 1 tahun

Sambutan beberapa hari lebih awal...

panjat sana sini...

Cucuk vaksin di klinik desa jam 4pm tadi untuk dos umur setahun.

Beli durian lagi di kawasan sekitar rumah. RM40 dapat 9 biji... 




Tuesday, 3 August 2021

Food review




Burger daging Saloma bistro cafe dan sate K. Yah Chalok.. terbaik satenya secucuk 80 sen ayam, RM1 untuk daging. Terbaik.. 

Nasi ambeng dari Dapur Bondaku... 
RM10 sebungkus. 

Masak selagi rajin... 

Yang malas bila nak mengemas. 

Friday, 30 July 2021

Nasi mandy kambing aqiqah dan lain2

Hari ni masak untuk rakan2 ustazah pula baki kambing aqiqah baru ini. Nasi mandy...
Minta tolong k. zan agihkan kepada rakan2 di gong badak.  Alhamdulillah settle. Dalam 22 orang kenalan dan rakan dari minggu lepas agihan kambing siap masak yang berjaya kami laksanakan. Selebih yang ada ini untuk yang akan datang tengok rezeki siapa pula.

Blei strawberi di marketplace RM10/500gm. Beli sekilo strawbery dan sekilo jagung RM8...


Suami buat strawbery bersalut coklat guna berryls dan cairkan double boil atas dapur... 


Kerja sekolah anak sulung. Makin lama makin malas nampaknya😂... 


Petang tadi cari durian lagi di kampung sini. Dapat RM45/9 biji. Tapi isinya walau besar tak berapa berlemak dan manis. Sedih tapi xpelah sudah rezeki begini. 



Wednesday, 28 July 2021

'Store' baru dan kisah suami swab test tak jadi...

Kerana barang perkakas tidak ada ruang dalam rumah ini maka tercetus idea untuk menempah store dari kedai besi. Maka terhasillah store ini dengan ukuran 1.5m x 2m...


Tempah sebelum raya. Dalam Sebelas hari siap dan dihantar pagi tadi ke rumah. Harga saiz ni ialah RM800. 

 
Alkisah malam tadi ada jiran share di grup wassap taman arahan untuk swab test bagi yang bersolat di masjid antara 12-16 Julai. Suami antara bersolat jumaat di sana. 

Maka pagi tadi sebelum ke KK Manir call no berkenaan dan disahkan untuk swab test. Rasa berdebar jugalah. Tapi bila sampai di sana suami citer tak jadi pula swab test sebab arahan tu untuk kampung sebelah yang ada kontak rapat dengan pok Abu yang katanya disahkan positif covid. Maka yang datang jam 9am tadi pun balik dengan berlega hati. Tak ramai yang datang dalam 7 orang sahaja yang betul cakna dan risau kalau-kalau jadi pembawa dan pengidap. 

Lega dan rasa macam apa ye. Sesuka hati je kongsi mesej tak pasti. Aduilah. Patutlah bila cek FB masjid takde sebarang pengumuman pun. Apa pun alhamdulillah kena beringatlah lepas ni. Stop dulu ke masjid walaupun Terengganu berada di fasa 2.

Medira pizza suami belanja... 


Sedap. RM52 semua sekali. Berbaloi. 

Saya buat ramen anak dara teringin. Ummi dahlah ngantuk penat mamao setelaj malam tadi tak cukup tidur sebab bantu suami mencari maklumat tentang arahan swab test malam tadi...





Sunday, 25 July 2021

Makan lagi...

Macam biasa gambar makanan wajib di blog. Kek red velvet cheese beli di marketplace cnor bakery. ya Allah sangat sedap. RM40 saiz 7 in... 
Sup daging lembu korban dan hari limpa goreng kunyit. Daging pemberian sahabat Syikin. Habiskan masak...


Guna sup bunjut rempah O sedap sangat. Beli online. 

Durian di Paloh. RM50 dapat 5 tompok/15 biji... 


Makin murah durian. Manggis 5kg RM10. Petai pun makin murah. Tunggu paling murah baru beli lagi. Bulan ni duit agak ketat sebab beli komputer dan tempah store luar yang masih belum siap. Dah sampai saya tunjuk. 

Dapat tempahan nasi mandy 2 talam. Bagi extra daging kambing aqiqah juga. Rezeki pembeli... 




Wednesday, 21 July 2021

Aidil Adha 2021 PKP

Masak dan agih lauk aqiqah...Nasi mandy... 

Kemas dan lap ruang tamu... 
Masak daging korban dari sahabat syikin...


Kuzi kambing...





myeg 2021

Alhamdulillah mudah urusan guna myeg. Renew lesen kereta dan roadtax. Caj dalam RM15 tiap satu. Oklah daripada beratur dan menunggu lama di JPJ musim PKP ni. Renew road tax dalam RM90+, renew lesen untuk 3 tahun RM90...


Perkhidmatan penghantaran sehingga ke depan rumah. 


Tuesday, 20 July 2021

Aqiqah Halaa 2021

Niat yang tertangguh sejak kelahiran anak ketiga...


Alhamdulillah. Khorouf tempatan RM900 di Maahad Tok Jiring. Berat lepas siap lapah dan bersih dalam 15kg. Dalam jam 10.30am selesai semua. Lebih gemar korban atau akikah kambing sebab urusan lebih pantas berbanding lembu. 


Buat masak gulai untuk jiran dan rakan berhampiran... 


1sr round masak dalam 3kg daging. 2nd round hari lain pula inshaAllah dengan menu lain untuk yg belum diagihkan. Begini cara saya agihkan daging aqiqah siap masak sejak dari anak pertama. Tak larat nak masak sekaligus dan tak larat nak buat jamuan hehe. Mujur juga musim pkp. 

11 bungkus untuk 9 jiran dan rakan suami. Keluarga besar kami bagi 2 bungkus.


Nasi mandy untuk makan sendiri. 

Ini pula untuk makan malam...perut kambing air asam... 

Colek...