Thursday, 28 May 2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tidak ke mana2 memandangkan kaki suami belum boleh menapak.

Cuti agak panjang Alhamdulillah. Anak2 ke rumah nenek kerana ada sepupu yang balik dari Melaka.

Masak nasi beriani resepi chef Hanilieza raya pertama. 


Daging sedia ada. Tak buat korban tahun ini kerana suami pun belum gagah.

Buat daging goreng kunyit hari ini..
Anakku sayang. Semalam muntah di rumah nenek. Minta adik hantar balik sini sebab takut melarat..

Embamnyalah. Tak suka pakai baju. Baju pun banyak ketat. 

Tuesday, 26 May 2026

Thursday, 21 May 2026

Proses mengemas pindah

Kompleks hijrah.

Nama baru tempat kami akan bertapa selama beberapa tahun.

Bangunan lama akan direnovate.

Segala kenangan akan menjadi memori dalam hati.

Kompleks sementara... 


Terpaksa berkongsi bilik dua orang kerana tak cukup ruang. 3 ptj terlibat perpindahan. 

Mengemas bilik Timbalan Dekan Akademik yang sempat sebulan lebih diduduki memandangkan bercuti tanpa rekod menjaga suami selama 20 hari bermula 3 Mei hingga 21 Mei 2026.


Perlu kemas dua bilik. Bilik sendiri pula di atas blok Abu Bakar..

Ini gambar masa bawa Halaa baru ni hari pertama cuti sekolah.

Kek untuk cikgu Pasti Halaa sempema hari guru baru ini pada 17 Mei.. 


Saturday, 16 May 2026

Lagi temujanji di HSNZ

Temujanji ketiga selepas pembedahan.

Awal pagi lepas hantar Halaa dan Lubna kami bergerak dengan ayah ke hospital. Jam 8am sampai di pusat rawatan harian orang sedia ramai. 

Menunggu giliran untuk pendaftaran selepas mengambil nombor giliran. 

Ini pula menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor di klinik ortopedik.. 

Sempat saya ke kantin hospital beli karipao sardin yang sedap dan popia carbonara. 



Saturday, 9 May 2026

Hari ke 39 selepas jatuh

Semakin hari semakin baik luka jahitan. Semakin mengering. Tapi kaki masih sengal terutama bahagian besi dan bila malam. Makan ubat taham sakit. Esok akan ke hospital lagi untuk temujanji tumit. Harap esok dapat cabur benang jahitan dan selesai cepat. Amin. 

Terus terang, motivasi bekerja makin jatuh. Rasa ingin pencen. Tapi mustahil😢.

Menu nasi arab mandy campak2... 


---------------

Midah dan Amni datang melawat..

Junior masa di Jordan pun datang sekali Atiqullah. 

Tuesday, 5 May 2026

4 Mei rawatan susulan

Cabut benang lutut belah kiri di pusat rawatan harian

Jam 7.15am keluar dgn ayah, hantar Halaa dan Lubna dulu kemudian terus ke HSNZ. Sampai jam 8.05am..

Hantar borang claim juga di klinik ortopedik aras tanah.

Proses daftar agak laju walau beratur panjang. Dapat nombor giliran, tunggu panggilan di kaunter untuk bayaran. Seterusnya ke klinik orto. Cek tekanan darah di luat klinik dan ke kaunter dalam untuk letak kad dalam bakul. Tunggu nama dipanggil untuk kad putih dan menunggu lagi sehingga dipanggil doktor.


Keluarga Kelantan datang melawat

Sabtu baru ni 2 Mei, makcik suami dan sepupunya datang melawat..

Jam 3.30 petang sampai Terengganu. Saya tempah mee kari dan sata goreng serta kek batik melting untuk tetamu.. 

Alhamdulillah. 

Beberapa kawan suami pun sempat melawat di rumah. Ada yang datang pada waktu malam.

Menu pantang suami... 


Bakar kosong saja. Sup sayur pun tanpa garam. Sedap juga. 

Hari ke-25


Hadiah dari anak2 untuk walid tersayang. Idea utama dari Lubna.
Cari di facebook dan jumpa penjual Alhamdulillah. Takut juga kalau scammer. Recommended.


Saturday, 25 April 2026

Hari ke 6 selepas pembedahan

Pagi ni suami call dan bgtahu doktor kata boleh discaj Alhamdulillah.

Saya tidur di rumah mak dan bergegas siap untuk naik maxim. Ayah ada di kebun kesian pula nak minta balik cepat. Maxim pula RM8.70 je kalau dari rumah mak.

Ini kisah kerusi roda semalam yanh menjadi penyelamat suami boleh discaj hari ini.. 
Semoga dipermudahkan urusan selepas ini. 

Dressing luka 2x seminggu. 

Buka jahit di tumit lepas 2 minghu dari hari ini. Jahit di lutut lepas 6 minggu. Semua di HSNZ. Tak boleh di tempat lain sebab pakar bedah sendiri nak tengok. 

Makanan malam tadi, kembang tekak teringat kuah ikan yg ceroi dan tawar tapi masam sebab tomato.. 
Kalau wad kelas 3 menu ikan selae atau selayang atau kembung yang banyak tulang😂.

Gambar semalam suami berlatih guna kerusi roda.. 

Friday, 24 April 2026

Hari ke-5 selepas pembedahan

Sudah hari ke-5. Doktor datang bagi tahu kena dapatkan kerusi roda sendiri dan berlatih duduk baru dapat balik.

Gigih telefon sana sini untuk dapatkan kerusi roda sementara. Sepupu yang akan bawa kerusi roda dari Kelantan pun minggu depan baru datang memandangkan suami belum dapat keluar.

Solat di sini. Pinjam plastik alas meja mak haha. 

Tadi ada pesakit lain sebelah suami. Tapi sekejap sahaja sebab dia request bilik seorang. Dengar macam doktor staf perubatan di hsnz juga tapi dah berumur dan sudah pencen. Rezeki suami dapat duduk seorang juga walau bilik berdua. 

Menunggu kerusi roda yayasan Amal petang ini, cikgu Li berhasrat nak tolong hantarkan ke hsnz.




Masuk wad kelas 1

Khamis baru ni dalam jam 4pm dapat masuk wad kelas 1 kongsi berdua...ada ekon dan lebih selesa dari wad kelas 3..

Katil sebelah kosong.. 
Makanan.. Sedap juga gulai ayam ni.. 

Sambal ikan tapi rasa asam pedas..
Ayah singgah sekejap.. 
Bawa laptop buat keja sambil teman suami.. 
Siap juga beberapa kerja. 

Ada hikmah di sebalik semua ini. 

Monday, 20 April 2026

Masuk dewan bedah 20 April 2026

Teman suami hingga ke OT yang juga berada di tingkat empat.

Jam 10.30 masuk, jam 11 siap bius dan jam 3 selesai pasang skru dan besi. 

Friday, 17 April 2026

Quotation alat tumit dan lutut

Tumit RM4k

Lutut RM10k

Pay and claim. 

Harap lulus untuk claim dengan JPA nanti.

Dah bayar guna simpanan sendiri. 

Harap Allah lancarkan dan mudahkan operation kaki suami.

Sembuh cepat dan boleh pulang ke rumah segera. 

Dan bawa kereta semula amin.

Sayang abang kerana Allah. 

Oh ya baru ni panggil orang langsir untuk pasang rod langsir yang lama tertangguh. RM5 sekaki upah pasang. Borak2 rupanya anaknya sekelas dengan Lubna, MashaAllah.

Hasil siap... 
Semua beli di shopee sahaja.

Pagi ini akan ke hospital semula. Hospital panggil untuk buat pembedahan lebih awal iaitu 20hb ini. Kemas2 rumah sebelum naik ambulans ke sana tengahari ini. Mak abah akan datang jam 11 ini. 

Tuesday, 14 April 2026

Hari ke 4 di HSNZ

Pengalaman jaga suami di wad kelas 3 HSNZ benar2 melelahkan. Wad tanpa ekon dengan cuaca yang panas. Bawa kipas dari rumah..

Satu malam saje bermalam menemani suami buatkan badan rasa sakit. Esoknya tak mampu bermalam dan hanya datang siang hari selepas selesai mesyuarat. 

Kebetulan minggu ni berderet mesyuarat dan saya pula jadi pengerusi. Penat kepala dan sakinh pinggang juga. Takpelah ujian penghapus dosa. Sikit saje ujian ini berbanding orang lain.

Ok sikit berbanding hari pertama masuk HSNZ.. 
Lebih positif dan sentiasa berharap semua dipermudahkan. 

Makanan di sini rupanya agak menyedihkan..

Takpelah yang penting ada makanan bagi setengah pesakit menu ini pun dah cukup baik.

Sedang tunggu suami simen kaki sebab nak discaj sementara menunggu tarikh operate pada 27hb ini. Ya Allah permudahkanlah ujian ini. 

Quotation skru rumit RM4000 dan lutut RM10000. Pay and claim sebab tak ambil insuran untuk suami. Penting insuran untuk kes begini lagi2 kalau nak segera dah selesa mendapatkan rawatan di hospital swasta. Jadi dahulukan duit sendiri dan claim kemudian dengan JPA. Harap dapat claim penuh. 

Ok, esok jadi pengerusi untuk mesyuarat akademik jam 9am. Penat dan rasa berpinar mata. Pagi tadi pergi unisza dan selesai viva jam 12 tengahari terus ke HSNZ naik grab RM15.20 kos sehala. Sampai je wad dalam 12.30 suami pun kencing doktor ambil ecg. Nasib baik sempat kencing sebelum cek jantung. Punya takut nak kencing sebab saya xde dan kalau nak kencing kena isi dalam botol dan buang di tandas. Rumit sekali sebab suami tak dapat ke tandas sendiri. 




Sunday, 12 April 2026

Transfer ke HSNZ pula

Hari ke 9 transfer pindah ke HSNZ.

Kondisi pasti lebih teruk. 

Wad ortopedik lelaki. 

Misi ada ramai yang ok dan sorang dua yang jenis mecak atau x pandai berurusan dengan orang. Kalau jumpa kat luar ni sedap juga kan nak 'berborak'. 

Stress x dapat masuk wad 1 kena wad 3 dah dua malam. Tak nampak bayang wad kelas 1. Misi di sini x begitu membantu kalau tanya pasal pindah wad. 

Emosi semakin stabil cuma jadi xstabil bila terfikir untuk berak. Rumit sebab tak boleh ke tandas. Perlu pakai pampers dan cuci di katil. 

Malam ni decide tidur satu malam di sini. Kerusi biru menjadi katil saya.