Friday 19 September 2014

Proses beli tanah

Sebelum sy terlupa, lebih baik sy kongsikan prosedur yg sy lalui utk membeli 2 buah lot tanah di besut baru ni.

1) tengok tanah.
2) jumpa tuan tanah.
3) bayar deposit 10% dr arga tanah dlm masa seminggu tanda booking.
4) mohon pinjaman bank islam. Sedia dokumen spt slip gaji 3 bulan, ic, surat pengesahan dr majikan dll.
5) dlm masa seminggu duit pinjaman sy diluluskan.
6) bayar penuh pada tuan tanah.
7) dpt borang 14A dr tuan tanah yg lengkap dgn maklumat tuan tanah utk dipindah milik.
8) pergi ke pejabat tanah besut untuk urusan pindah milik. Isi borang 14A di situ lebih selamat slps bertanya dgn pegawai bertugas cara mengisi borang. Jgn silap klu tidak kn isi smula borang lain dgn tuan tanah. Satu keja plk. Isi dgn pen dakwat basah @ cair. Sy silap guna ballpen abis kn potong & tulis smula dgn dakwat cair. Mujur boleh potong. Klu x kn balik ktganu smula jumpa tn tanah minta brang lain! (Sbnrnya suami yg salah paham kui2)
9) siap cop sana sinun, jumpa DO pula utk cap jari.
10) stlh selsesai buat fotokopi utk smua dokumen tadi di kedai fotostat berhampiran.
10) pergi ke lhdn berdekatan & serahkan salinan fotokopi dokumen tadi. Pegawai lhdn akn beri kita tempoh 3 minggu utk menunggu surat bayaran cukai tanah yg kebiasaanya 1% dr arga tanah.
11) kurang dr 3 minggu sy dapat surat dr lhdn utk bayaran cukai tanah. Pergi ke lhdn & bawa salinan asal borang 14A serta bayar cukai tanah spt yg diminta.
12) bawa sume borang ke pejabat tanah semula dan tunjuk resit bayaran di lhdn. Diorg akn proses borang2 tu sbentar. Bayar rm40 utk sebuah borang yg mewakili sbuah tanah. Mcm sy kn bayar RM80 utk 2 lot tanah. Dan bayar sikit utk denda sbb bayar cukai lewat dr 31 mei. Hmmm ingatkan xperlu bayar apa2 dh rupanya ade je kn bayar lagi.
13) selesai bayar, tunjuk resit pd kaunter yg proses dokumen pindah milik & kita akan diminta datang keesokan hari utk mendapatkan geran hakmilik sementara! 

Alhamdulillah dlm masa sbulan selesai urusan beli tanah. Wlupun rs gusar & risau xsempat sblm fly jordan tp Allah mudahkan jg.

Kalau fakulti sy xjadi pindah ke besut, sy akan jual tanah tu & buat sbgi aset jangka panjang inshaAllah.  Xrugi beli tanah @ rumah. Smpi masa boleh jual smula dgn kadar yg lebih tinggi dr arga asal beli.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah