Sunday 27 September 2015

Kenduri sambut menantu di Perak

Seronok berkonvoi ramai2 menghantar adik pompuan ke kenduri sambut menantu di pengkalan hulu, perak. 5 buah kereta termasuk adik dari johor & melaka. Sempat berkunjung ke sg.petani, kedah melawat kawan suami juga. Makan nasi kandar & naik gunung jerai bergambar kenangan. Gembira sehingga terlupa saat sunyi ketika di jordan. Terlupa misi belajar yg belum diselesaikan. Tajuk tesis pun boleh lupa pdhl baru 3 minggu meninggalkan bumi jordan.


Hebat betul lauk-pauk utk keluarga belah pengantin pompuan...



Mak cik lubna...


Sebelum kenduri singgah ke rumah kawan suami di sg.petani...dijamu makan nasi lemak dan mee. Hari sebelumnya ke rumah k.ja juga melawat baby baru. Dijamu kuew teow yg sgt sedap...


Eh, selit gmbr makanan di kelantan plk.jln2 cari mkn betul...


Nasi sumatera...


ABC mat adib...


Bertemu k.shu di k.b makan mee celup & air kelapa...


Sekali sekala pulang msia terasa indah & damai. Moga diberi peluang lagi hidup di luar negara selesai phd nnt:) ameen. Adik pompuan yg baru berkahwin pun akn ikut suaminya ke UK selesai urusan visa nanti. Suaminya bkerja sbg doktor di sana. Amik peluang mahu berjalan ke sana jg inshaAllah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah