Thursday 30 June 2016

Terima kasih...

Minggu ni masuk minggu ke empat berada di Malaysia. Masih belum rindukan Jordan melainkan suhunya yang sejuk dan nyaman ketika syita' dan rabi'. 

28 Jun baru ni genap umur saya 32 tahun. Rasa begitu tua melihat angka tiga di hadapan. Tapi perangai masih seperti budak kecil. Amal pula tak tahu semakin bertambah atau berkurangan. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Suami yang menyayangi, lubna yang cerdik, dapat berada di samping mak ayah adik beradik anak-anak saudara. Alhamdulillah. Nikmat kesihatan, kelapangan dan harta yang mencukupi walau tidak melimpah.

Sempena umur meningkat baru ni saya masakkan nasi mandy ayam untuk keluarga berbuka puasa. Suami buatkan cheesekut yang lazat. Rasa terharu. Membaca ucapan yang ditulisnya buat saya rasa sebak. Berharap agar saban hari dan tahun dapat membaca ucapan-ucapan abang yang puitis tu. Berdoa agar cinta kami bahagia sehingga ke syurga. Berharap agar abang sentiasa mencintai awa dan awa juga begitu. Ameen ya Allah. Terima kasih abang...


Sweet 17 di mata suami kihkoh.


Minggu ni minggu rezeki mencurah-curah. Royalti dua buah buku dah pun diperolehi berjumlah RM 780 selepas dibahagi sesama penulis. Elaun hidup di Jordan juga telah diperolehi semalam setelah sebulan lebih menunggu. Cepat-cepat saya transfer semula ke bank islam untuk top up semula simpanan gaji yang telah digunakan ketika kehabisan elaun bulan lepas.

Selagi mana dapat berjimat saya akan berjimat. Dalam duk berjimat tu pun saya dah membelanjakan sejumlah RM 2000 untuk bulan ini sahaja! Haaa itu dah dalam jimat dan berpada-pada. Bayangkan kalau saya x rekodkan jumlah pengeluaran duit dan hadkan pasti lebih agaknya. Dalam kepala berpiki-piki saya beli apa ye sampai abis 2k tu?? Beli barang makanan, bagi mak ayah, baju-baju lubna, duit minyak kereta.

Tengok pulak bulan 7 ni macam mana. Rasa Seram sejuk. Harapnya tak lebih RM 1500 untuk bulan ini. Ai tak tahula kot nafsu makan menjadi-jadi bila dah tak puasa nanti. Lagi pula hari raya duit raya mesti dihulurkan. Tutup mata jelah yang pasti harap balik Jordan nanti x pokai!

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah