Sunday 24 September 2017

Rutin harian

Saya mula melapor diri bekerja secara rasmi selepas cuti bersalin pada 11 Jun yang lepas. Alhamdulillah.

Masuk kerja ketika semester pendek bermula memang jannah hehe. Kelas takde, yang ada meeting dan meeting untuk program bagi semester mendatang.

Tiga bulan juga student cuti menjadikan suasana sunyi dan damai di unisza. Student diploma pun tak ramai mana.

Buka sem satu pada 11 september baru ni maka rasminya kelas pun bermula. Fasol ni saya mengajar dua madah. Ilmu lughoh am dan khatabah wal munazaroh bagi pelajar ijazah b.arab sem 5 dan sem 3. Workload 14 jam seminggu dengan jumlah pelajar 224 orang.  Huhu.

Tambah lagi dengan tugas sebagai penyelaras siswazah fbk. Kena mula belajar setapa demi setapak nak bekerja dalam bidang pengurusan di samping kerja hakiki mengajar.

Penat tak? Penat sangat. Bertindan-tindan kerja. Tapi takpe salwa penatnya sekejap sj. Habis sem ni boleh menarik sikit nafas lega harapnya.

2 comments:

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah